Polis trafik seppak dan sumpah seranah penunggang motorsikal (video)

www.milosuam.net/

Berdasarkan video berdurasi 25 saat itu, kejadian dipercayai berlaku di sebatang jalan dalam kawasan kampung di mana seorang wanita telah merakam insiden itu secara senyap dari jauh.

Di awal rakaman, kelihatan seorang lelaki terduduk di atas jalan, di sebelah motorsikal yang sudah tumbang, bersama dengan anggota polis trafik yang lengkap memakai seragam berwarna putih dan vest hijau.

Tidak lama kemudian datang seorang lagi anggota polis trafik menunggang motosikal, memaki hamun lelaki tersebut.

Anggota polis trafik itu memaki “Puk*mak kau babi, babi kau!” sebelum turun dari motosikal ditunggangnya, dan menyepak lelaki yang terduduk di atas jalan itu berulang kali.

Bodoh! Bodoh! Aku tembak kau nanti, aku suruh berhenti, berhentilah bodoh!” anggota polis trafik itu terus memaki sambil kakinya menyepak lelaki berkenaan.

Tidak dinyatakan di mana kejadian ini dirakamkan, namun difahamkan anggota polis tersebut hilang sabar apabila lelaki tersebut enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian.

Di bawah ini rakaman video tersebut. Sila klik untuk menonton.

Apa pun tak payah buat spekulasi, kita tunggu kenyataan dari pihak berkuasa.

Sumber www.milosuam.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*