Pramugari Mengadu Nasib Kepada Saya, Sedih Tidak Dapat Bertudung – Ebit Liew

http://tengoktvonline.blogspot.com

Bila seorang pramugari wanita menangis kata, ustaz saya suka dengar ceramah ustaz pada anak-anak ditepi jalan dan mat rempit. Sebak ustaz cerita pasal mak ayah.

Ustaz,doakan saya yer. Saya nak menutup aurat nak pakai tudung. Saya nak tanya takper ke. Saya lepas kerja jer terus pakai tudung dan cuba belajar menutup aurat dengan sempurna. Saya solat 5 waktu. Inilah sumber rezeki saya buat keluarga. Selalu dengar ceramah ustaz. Selalu rasa bersalah kena hidangkan arak. Kadang-kadang lagi bersalah jika yang nak arak tu orang Islam. Bertambah-tambah rasa bersalah. Doakan yer ustaz..

Dah 3 orang pramugari MAS cakap begini terus pada saya, bila mereka sebak, saya jadi sedih…

Saya doakan Allah beri bahagia sampai syurga buat mereka dan Allah bukakan hati semua pembuat keputusan di MAS dan Negara ini tentang pemakaian untuk mudahkan buat mereka.

Terima kaseh kepada yang memperjuangkannya..saya pernah tulis 4 tahun lepas pasal ini masa ada pramugari tanya saya soalan-soalan tentang agama dan kekeluargaan atas flight. Semoga airlines lain juga diberi dapat menutup aurat dengan sempurna..

Hidup ini kita cuma inginkan Redha Allah…

Yerlah bila kita lalui hidup ini kita cuma inginkan Redha Allah. Kita setiap hari umur bertambah…Ya Allah mudahkanlah buat semua saudara kami dalam urusan ketaatan padaMu. Sama-sama kita satu hati membantu, menyokong dan mengusulkan dan berdoa buat saudara kita supaya Allah sayang kita semua. Kita semua belum tahu keadaan kita diakhirat nanti. Kita akan tinggal dunia ini satu hari nanti. Redha Allah segala-galanya.

sumber; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*