Presiden BADAR ditahan reman; maka bergembiralah pelaku maksiat selepas ni… – Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin

Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin

Ada Orang Tanya Kenapa Skuad Badar Ni Tak Mau Kerjasama Dengan JABATAN AGAMA?? Nie Mai Ana Nak Jawab…

Skuad Badar Bukan Tak Mau Kerjasama Dengan JABATAN AGAMA, Mereka pi jumpa KPP Penguatkuasa jabatan agama pada 3 tahun yg lalu Untuk menawarkan Kerjasama, Tetapi malangnya Beliau menolak Untuk bekerjasama Dengan egonya.. Sehingga Tidak boleh Untuk Berbincang..

Pihak Skuad Badar Hantar surat Kepada Pihak pejabat agama islam kuala muda, Tetapi malangnya surat Tidak Di Jawab bahkan nak Bertemu Pegawai agama Tidak di layan..

Skuad Badar Hantar laporan dan memorandum Kepada Pihak pejabat agama Mengenai aktiviti Maksiat di sekitar kuala muda, Tidak ada tindakan Yang Serius Dilakukan..

Apabila Pihak Skuad Badar Turun Untuk Mencecah Maksiat Tersebut, Pihak Mereka Membuat Laporan Polis Sehingga Pengerusi Skuad Badar Ditangkap..

Tahniah JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH… Semua Benda nie dah diceritakan serius Kepada exco agama kedah.. Tetapi apa dia buat??

Tahniahhh…. Skuad Badar mencegah aktiviti pelacuran, suami perdagangkan isteri menjadi Pelacur… Semua aktiviti pelacuran itu masih Berjalan sampai Sekarang Dengan tenang.. Pengerusi Skuad Badar Ditangkap…

Ini Realiti..

Yusuf Azmi

sumber; Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin

Imbas kembali posting di halaman sepatuputih suatu masa dahulu tentang  skuad BADAR…

Allahu Akbar. Pasangan khalwat dan golongan yang tidak berpuasa ditarbiyah di kubur

OPERASI RAMADHAN 1439H SIRI 2/1439H/2018 (TIDAK PUASA & BERKHALWAT DALAM BILIK HOTEL BUDGET DISIANG HARI) DIBAWA MENAIKI VAN JENAZAH.Sungai Petani: Daerah Kuala Muda 31 Mei 2018 (Khamis) jam 1030 pagi UTK – CM Skuad Badar melakukan operasi mencegah kemungkaran terhadap Gerai Makanan yg buka awal dan telah menjual kepada pelanggan Islam yang tidak puasa serta pasangan bukan mahram menyewa Hotel Budget untuk melakukan perbuatan mungkar dalam bulan Ramadhan 1439H di siang hari dalam Daerah Kuala Muda bermula Sg Lalang sehingga Padang Temusu.

Semasa operasi dijalankan UTK – CM Skuad Badar mendapati ada warung yg menjual makanan kepada golongan yg tidak berpuasa dan ada segelintir orang melayu yg sedang menjamu selera secara terbuka, dan apabila menyedari kehadiran Skuad Badar bersama Van Jenazah  bertempiaran lari.

Pasangan Khal wat dan golongan yg tidak berpuasa seramai 8 orang di tarbiyah di dalam perkarangan kubur Masjid Padang Temusu.

Saksikan video…

Operasi Ramadhan Siri 2/1439H/2018 pada 31 Mei 2018 (Khamis). Pada jam 0130 tengahari, mentarbiyah pasangan bukan mahram dan golongan tidak berpuasa di dalam perkarangan Perkuburan Islam.

sumber; Azhar Mohamad At

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*