Punca Anak Meragam Adalah Kerana Ibu Bapa Yang Tak Peka Dengan Makanan

Taufiq Razif

Mak yang ayu pun boleh bertukar jadi singa kalau anak tiap hari meragam!

Paling stress kalau anak kita selalu meragam dan tantrum tak berhenti. Kita ingat ke mereka meragam tanpa sebab. Makin hari, makin kita pulak yang rasa nak tantrum kan?

Padahal mungkin perangai tantrum, hyperactive dan suka meragam tu datang daripada MAKANAN yang kita duk bagi kat anak anak kita tiap hari.

Dalam buku Healthy Food, Healthy Gut, Happy Child oleh Dr Maya Shetreat, sorang paediatric neurologist ada tulis kaitan makanan dan perangai anak anak kita semua.

Ni antara kandungan makanan yang mak mak kena nak kena pantau dan waspada

1. Gula

Makanan yang tinggi kandungan gula menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Bila gula tinggi, insulin yang tinggi diperlukan menyebabkan kanak-kanak jadi kurang gula dalam darah (hypoglyecemia) atau orang kita sebut hypo. Bila hypo ni senang lah mereka nak tantrum

2. MSG

MSG mengandungi glutamate yang menjadi stimulant kepada otak. Bila banyak sangat stimulant ni banyak sangat free radical yang akan dihasilkan. Free radical ni boleh merosakkan fungsi otak. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sangat sensitif pada glutamate, memang boleh sebabkan kegelisahan. pening kepala dan juga sawan.

3. Pewarna

Makanan yang berwarna-warni memang nampak sedap dan menyelerakan. Tapi pewarna tambahan menyumbang kepada masalah kelakuan pada kanak-kanak. Selain tu, pewarna tambahan jugak adalah karsinogen dan menyebabkan kanser pada jangka masa yang panjang.

Sebenarnya susah untuk mengubah kalau kanak-kanak tu terbiasa makan makanan yang tinggi gula, pewarna dan MSG. Elakkan beli dan elakkan menyimpan makanan begini di rumah. InsyaAllah bila kita jaga pemakanan, mak mak akan perasan kelakuan anak akan berubah menjadi lebih baik.

p/s : Saya sarankan mulakan pemakanan sihat sejak dari usia 6 bulan. Pilih real food yang tidak mengandungi gula, garam, pewarna dan perisa tambahan.

Contoh produk yang terbaik di pasaran adalah Toddible sebab foundernya seorang doktor. Klik link ni kalau nak tengok 👉 http://bit.ly/get_fruitbite_now

sumber; Taufiq Razif