Rakaman Video Beratus Etnik Uighur Ditahan Dan Ditutup Mata Oleh Penguasa China Bocor di Media Sosial

Sebuah video menggerunkan telah dimuat naik yang menampilkan ratusan tahanan diikat dan ditutup mata diarak pergi ke kem tahanan. Rakaman tersebut menunjukkan Muslim Uighur ditahan beramai – ramai di stesen keretapi oleh Polis Cina.

Kumpulan hak asasi manusia telah mendakwa Parti Komunis Cina memenjarakan hampir sejuta rakyat Uyghur di kem tahanan di Xinjiang. Klip video tersebut, yang tidak dapat ditentukan pemiliknya, dimuat naik ke Youtube dalam sebuah akaun baru yang bernama War on Fear.

Saksikan video…

Penerangan video tersebut adalah seperti berikut:

Tujuan kami adalah untuk melawan ketakutan. Masyarakat hari ini dikawal oleh kerajaan dengan teknologi mereka. Orang kehilangan kebebasan mereka. Pemimpin Parti Komunis Cina gelar diri mereka patriotik dan cintakan rakyat. Hakikatnya, mereka cuma sayangkan parti dan kuasa mereka.

Video ini dirakam di China. Ini adalah penindasan jangka panjang dan pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan oleh kerajaan China di kawasan Uighur Xinjiang. Sekuriti Eropah mengatakan bahawa rakaman tersebut adalah benar dan berkemungkinan dirakam pada awal tahun ini. Analisis kebenaran video tersebut juga telah dimuat naik ke Twitter oleh penyelidik Australia. Beliau juga mengesahkan bahawa rakaman itu benar.

Parti Komunis Cina bagaimanapun menafikan sekerasnya sebarang ‘tuduhan’ penindasan ke atas masyarakat Xinjiang sebaliknya mengatakan kem – kem tersebut hanyalah pusat ‘mendidik semula’ yang cumalah melatih kemahiran kendiri.

Kenyataan ini bercanggah dengan perakuan bekas ‘banduan’ yang mengatakan mereka diseksa fizikal dan mental serta dipaksa meninggalkan pegangan agama Islam dan melafaz sumpah setia kepada negara. Parti Komunis China sebelum ini pernah membandingkan Islam sama seperti ‘wabak berjangkit’ dan mengatakan mereka yang dipilih untuk ‘dilatih semula’ telah dijangkiti penyakit ideologi tersebut.

Kredit; https://www.fakirilmu.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*