Ramai masih percaya prosedur ” AMBIL AIR TULANG BELAKANG BERISIKO MENYEBABKAN LUMPUH”!

Khairul Faizie

Berapa ramai yang masih percaya, bahawa prosedur ” AMBIL AIR TULANG BELAKANG BERISIKO MENYEBABKAN LUMPUH”?

Itu adalah mitos paling hebat tentang prosedur ini.
Ambil air tulang belakang, dipanggil LUMBAR PUNCTURE , LP, atau Spinal Tap.

Ianya adalah prosedur yang SELAMAT, dan TIDAK akan menyebabkan lumpuh.


Memang biasa ahli keluarga / kawan2 akan beria ia nasihatkan jangan benarkan buat prosedur ini, lebih lebih lagi dalam kes kanak kanak / baby.

Pesakit yang awalnya yakin nak buat, rasa pressure dan mula jadi was was sebab saranan yg tak berasas ini. Tolong faham doktor tak saja saja nak buat LP tanpa sebab. Doktor pun banyak kerja lain nak buat.

Bila ada keperluan mendesak, baru kita minta kebenaran buat LP. Antara keperluan utk buat LP ialah:

– Untuk mengesan jangkitan yg berlaku di otak atau saraf, contohnya penyakit Meningitis

– Untuk membuat diagnosis tepat tentang penyakit keradangan yg melibatkan otak / sistem saraf tunjang( inflammatory neuropathy)

– Untuk mengukur tekanan dalam otak dan saraf tunjang

– Untuk pemberian ubat

– Untuk prosedur pem biusan ( spinal anaesthesia)

No automatic alt text available.

Air tulang belakang itu dipanggil Cerebrospinal fluid, CSF. CSF ada glucose, protein, dan sel sel. Apabila CSF di kaji, doktor akan melihat bacaan sel darah putih( yg lawan jangkitan), bacaan protein, glucose, dan melihat kehadiran bakteria, fungus, ataupun kalau wujud sel sel yang abnormal.

Kenapa tak boleh lumpuh lepas buat LP?

Sebabnya, prosedur ini di buat di level tulang vertebra lumbar L2 ke bawah. Kenapa?Sebab saraf tunjang ( spinal cord org dewasa) berakhir di level L1 ( Lumbar 1). Dan prosedur LP utk dewasa di buat selalunya di level L3/L4, atau L4/L5, atau L5/ S1.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more peopleImage may contain: one or more people and closeup

Image may contain: one or more people and drinkNo automatic alt text available.
So, memang tak logik akan lumpuh sebab tiada saraf tunjang yg akan di cucuk. Prosedur LP ini sendiri pun memang tak akan di cucuk jarumnya dalam dalam. Imagine la korang kena ambik sample darah. Ada ke doktor cucuk jarum kat lengan tu, sampai tercucuk dalam sangat sampai ke tulang? Tak kan?

Image may contain: one or more peopleNo automatic alt text available.

Untuk kes baby baru lahir, saraf tunjang berakhir di level antara L1 ke L3. Jadinya, kalau perlu buat LP dalam baby, doktor akan cucuk jarum bawah lagi, jauh dari level ni…di level L4/S1 umpama nya.

Side effect paling biasa lepas LP?

Sakit kepala yang dipanggil Post Spinal Headache. Ini common, jangan risau,tak bahaya. Tak perlu rawatan pun, hanya bed rest..beberapa hari ia akan hilang sendiri.

Ada banyak aspek tentang LP yang aku nak cerita, tapi key point paling penting ialah AMBIL AIR TULANG BELAKANG TIDAK AKAN MENYEBABKAN LUMPUH.

sumber; Khairul Faizie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*