Ramai Yang Tak Sedar Sayur Brokoli Ada Banyak Ulat, Ketahui Cara Mudah Bersihkannya

siraplimau.com

Ramai Yang Tak Sedar Sayur Brokoli Ada Banyak Ulat

Memang tidak dinafikan lagi bahawa sayur-sayuran adalah sumber nutrisi yang bagus untuk kita khususnya kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, sayur yang mempunyai nutrisi paling bagus adalah brokoli. Antara kebaikkan sayur brokoli adalah sebagai agen melawan kanser, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu menguatkan tulang.

Tetapi, ramai dalam kalangan kita masih tidak tahu bahawa sayur brokoli ini memerlukan ketelitian ketika kita membersihkannya. Melalui perkongsian di laman Facebook Puan Fieza Nelson, kita telah menemui cara yang sangat teliti dan mudah untuk membersihkan sayur brokoli. Jom kita sama-sama rujuk langkah demi langkah!

http://www.fiveaa.com.au/

http://www.fiveaa.com.au/

Cara buang ulat

Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.

1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit. Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.

2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.

Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini  barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.

Ketika Merendam Brokoli

www.facebook.com
www.facebook.com

Ni gambar setelah direndam dgn air garam selama 30 mnt -1 jam.. Masih byk lagi ulat yg masih hidup & melekat kuat di celah2 brokoli tu..
Diharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana untuk lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan nanti.

Sumber : Fieza Nelson via siraplimau.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*