Realiti Hidup; Wanita anak 5 merayu bank-in RM 4 utk mengenapkan RM10 bagi beli telur buat lauk nasi…

Abdul Rahim

CATATAN 14.9.18

Petang kelmarin(13.9.18) isteri saya Wan Rahimah terima satu mesej dari kuantan Pahang.

Seorang perempuan anak 5, seakan-akan merayu mohon RM4 utk mengenapkan RM10 membeli telur bagi buat lauk nasi…saya agak was was bercampur baur…berbagai persoalan timbul dihati,,,apakah lepas utk draw duit yg ada gam2 kat Mesin ATM…maknanya duit dlm acc hanya berbaki RM7.

Untuk mengatasi rasa bersalah, saya tranfer RM10. Dalam masa yg sama ligat kepala duk fikir macam mana nk selesai masalah ini…

Teringat kawan fb saya yg duk ikut masuk kampong dlm beberapa siri JJMK baik di Besut/Setiu maupun JJMK MEGA MERDEKA TERENGGANU yg baru berlalu…

Cik Ay nama fb nya…nama sebenarnya ialah Sumaiyah…lantas saya mintak Cik Ay pergi menyiasat keluarga ini.

Alhamdulillah…Allah permudahkan segalanya…tak lah berapa nk susah bertemu alamat keluarga ini.

Dipendek cerita,,,,kesusahan keluarga ini disahkan oleh Saudari Cik Ay.

Berbagai kesusahan diceritakan kpd wakil kita tu…anak2 berjalan kaki …terpaksa jual peti ais kerana nk masuk umah sewa dll lagi..

Kebetulan ada 5 kilo beras dlm kereta Cik Ay…dan secara kebetulan jgk beras dlm tong hampir kering…itu lah rezki hari ini.

Kepada sahabat yg ingin bersedeqah sempena tahun baru hijrah ini sangat2 dialu alukan…boleh pm saya atau Cik Ay. Wakil kita di Kuantan.

Saya dengan ini memohon.

Sekian terima kasih.

sumber; Abdul Rahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*