Realiti sebuah kehidupan; ini bukan di India tapi di Malaysia.. gigihnya guru yang mengajar di sini

www.gpsbestari.com

KAPIT? Kat mana tu cikgu? Hmm di Kapit lah. Kapit Sarawak. Mengapa begitu? (terkenang soalan seorang rakan di semenanjung).

Bayangkan jika membeli minyak mereka tidak membawa kereta di stesen petronas.

Mereka hanya membawa bekas gallon dan berbaris menanti giliran hingga memakan masa setengah jam baru terisi.

Selepas itu memikulnya kembali untuk diisi kedalam kenderaan atau enjin bot masing-masing. Mereka sabar.

Parking? Hmmm ibarat jumpa berlian kalau pemandu menjumpai lot parking yang kosong terutamanya hari minggu pada waktu pagi.

Tapi mereka tidak merungut.. Malah kreatif menyusup kereta di celah celah bangunan dan memanjat divider jalan.

Mereka guna 4wd bahhh… Bukan biashe biashe… Luar biasa punya sabar

Kredit : Anderson Philbe

Borneo Post

Nak ke Sibu atau Song mereka berbaris menaiki express boat. Takde berebut-rebut. Takda seat mereka duduk atas bumbung.

Kalau ada orang tua atau orang sakit.. Mereka bangun berikan tempat.

Kalau penuh mereka bersila je dimana mana ruang. Takda pula mereka merungut nak viral ke media sosial macam orang yang tak dapat tempat dalam LRT. Fuhh dahsyat punya sabar.

Itulah rakyat ‘Menua Pulau Kapit’ dikelilingi Batang Rejang dan Balleh di tembok dengan bukit dan belantara.

Hanya sungai jadi lebuhraya dan jalan balak yang mencabar keberanian jika ingin berurusan di Sibu.

Warga kapit tetap murah senyum. Orang luar disambut ramah. Hidup tak pernah kelihatan ‘susah’ walaupun tidak nampak ‘mewah’.

BOMBASTIC BORNEO

Di daerah ini ikannya bernilai permata, balaknya merata-rata. Iban, Melayu dan Cina dapat hidup harmoni sentosa.

Pagi nikmati kampua, pau buntong dan canai goreng… Malamnya jangan terkejut kalau boleh jumpa TOM YAM di sini.

Bagi guru-guru yang berkhidmat disini.. Elaun P3 bukan sekadar insentif namun satu pengiktirafan bagi komrad yang sanggup berjuang mendidik anak-anak pedalaman Sarawak supaya akan terlahir lebih ramai manusia hebat seperti Dato Sri Idris Jala yang mampu memimpin syarikat konglomerat bertaraf dunia.

Itulah Kapit Kota Kecil yang mengajar Kesabaran.

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

kredit link; www.gpsbestari.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*