Resipi Burger Home Made Ala ‘Big Mac’ ,Yang Penting Kena Tahu Cara Buat Sosnya! Telah Di’Share’ Lebih 76K

www.duniapendidikanonline.com

Mudah je sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri burger home made di rumah. yang pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada sebarang bahan pengawet dan rasanya sedap lagi menjimatkan berbanding jika dibeli.

Boleh rujuk perkongsian resipi oleh Shafique Shahareen ini yang telah mendapat perkongsian lebih 76,000 di laman sosial facebook. Apa yang menarik, selain mencipta resipi daging burger, dia turut menghasilkan resipi sos istimewa bagi melengkapkan rasa sempurna burger ini. Burger tersebut dibuat untuk isteri tersayang, perkongsian secara santai namun dia tak sangka ia boleh menjadi viral.

“Macam mana nak cerita iya. Ok macam ni, wife saya sekarang ni pelik sikit.Dulu beliau peminat tegar burger McD. Tapi lepas je saya buat burger home made ni, minat beliau terhadap McD kian memudar.Ini yang merisaukan saya.Bila kami jalan depan restoran McD, beliau buat donoo je.Selalunya dah melenting-lenting dah suruh singgah.Korang tengok la ye sama-sama bahan-bahannya dekat bawah ni.Khas untuk suami yang tak de keje nak buat time cuti.”

Bahan-Bahan:

(Perapan Daging)

800gram Daging kisar Ramly

Dua sudu Lada Putih/ Sulah

Satu sudu kecil Lada Hitam

Setengah kiub Stok Daging

Satu Sudu Besar Sos Worcestershire

4 ulas bawang putih (hiris/cincang)

2 biji Bawang Merah (hiris/cincang)

(Sos Istimewa)

2 sudu besar Sos Cili

2 sudu besar Mayonis

1 sudu kecil serbuk kari

2 sudu besar Sos Worcestershire

Cara Membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan dalam daging kisar dan gaul sebati.

2.Bahagikan daging tersebut kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan daging burger yang diingini.

 

3.Lapikkan dengan plastik atau baking paper, leperkan ia seperti bentuk daging burger.

 

4.Lapiskan secara bertindih (seperti dalam gambar) bagi memudahkan untuk memasak.

 

5.Boleh juga terus digoreng atas kuali.

 

6.Sementara itu, untuk menghasilkan sos istimewa pula, hanya perlu campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau rata.

Bolehlah masak burger seperti biasa. Tambahkan dengan keju, sos istimewa, sayur-sayuran seperti kobis, timun jeruk, tomato dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Siap! selamat mencuba!

Menurut Shafique, bermula suka tengok rancangan masakan di saluran Asian Food Channel (AFC), resipi burger dan sos yang dihasilkan pula merupakan idea ketika hasil pengalaman kerja di hotel. Jelas beliau, anggaran 800 gram daging kisar tersebut boleh dapat 9 kepingan daging burger home made.

Sumber: Shafique Shahareen

link sumber; www.duniapendidikanonline.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*