Rumah terrbakar selepas peti sejuk meledak. Ternyata 4 benda ini tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk

theklasik.com

Barang elektronik yang ni kalau rosak memang akan bawa masalah yang berpanjangan dirumah. Peti ais adalah the most power-intensive appliance dirumah. Nak masak pun susah kalau macam ni.

Sebab ianya tempat untuk menyimpan barangan dapur lagi-lagi barangan mentah. Uish peti ais rosak memang habis semua barang pun akan rosak, duit pun akan mengalir woih. Betul-betul problem ni!

Ada satu kes, petugas pemadam kebakaran heboh karena mendapatkan berita sebuah rumah terbakar. Saat telah padam polis mencari apa penyebabnya.

Ternyata peti sejuk si pemilik rumah meledak di bahagian dalamnya. Bukan disebabkan kualiti petisejuk atau masalah gangguan elektrik, tapi karena menaruh barang yang tidak semestinya diletakkan di dalam petisejuk.

Benar-benar membingungkan dan menakutkan, apa saja yang ditaruh di dalam petisejuk selain daripada makanan.

Masa kan makanan yang ditaruh di dalam petisejuk boleh menyebabkan petisejuk meledak?

Berikut mari kita telusuri bersama, jangan sampai kejadian ini menimpa kita.

1. Jangan menaruh minuman bersoda di tempat freezer/pembeku.

Misalnya, coke, sprite, bir dan semacamnya. Coke mengandung banyak gas karbon dioksida, saat Anda mengeluarkan coke freezer, suhu sekitar tiba-tiba melonjak.

Sementara sejumlah besar gas di dalam coke akan dilepaskan, akibatnya tekanan gas coke akan lebih besar.

Tekanan di dalam tin coke yang tertutup rapat tidak dapat mengeluarkan gasnya, sehingga begitu dibuka, akan melukai orang di sekitar.

Kalau lukanya ringan mungkin hanya dijahit beberapa jahitan, sebaliknya kalau serius, wajah pun menjadi rosak.

2. Jangan taruh Dry Ice/es kering dalam pembeku/freezer.

Suhu di area freezer dalam petisejuk biasanya berada di bawah -30°C. Suhu ini dapat membantu proses sublimasi dari benda padat ke gas.

Dan dalam prosesnya, jika ais kering sampai tersublimasi menjadi gas, maka volumenya akan menjadi 600-800 kali lebih besar.

Boleh kalian bayangkan, di dalam lingkungan yang tertutup rapat seperti petisejuk akan meledak karena adanya peningkatan tekanan, dan ledakan yang dihasilkan tidak hanya akan merusak petisejuk, tapi juga berbahaya bagi orang-orang di sekitar.

3. Ketiga, Jangan menaruh barang-barang seperti minuman beralkohol, bensin, dan bahan lainnya yang mudah terbakar ke dalam petisejuk.

Volume petisejuk yang terbatas mudah membentuk area ledakan, jika saat dinyalakan terkena percikan (api) kecil sekali pun juga dapat menyebabkan ledakan.

Jadi, sebaiknya jangan meletakkan barang elektronik apa pun di atas kulkas, karena kulkas takut panas, lagi pula elektromagnetik yang dipancarkan dari barang elektronik lainnya akan mengganggu sistem pendingin kulkas.

4. Jangan menggunakan benda tajam untuk menghilangkan bunga ais pada freezer.

petisejuk zaman sekarang telah menggunakan gas isobutana, iaitu semacam gas tak berbau dan mudah terbakar, yang ditempatkan di dalam pipa pembeku/freezer.

Jika tanpa sengaja pipa berisi butane ini tertusuk ketika sedang membersihkan bunga ais dan bercampur dengan oksigen yang akhirnya akan membuat petisejuk meledak.

Sebagai salah satu peralatan elektronik yang diperlukan di rumah, dimana jika tidak tahu tatacara menggunakan petisejuk dengan benar, kemungkinan besar akan mengakibatkan banyak kecelakaan yang tak terduga.

Jadi gunakanlah petisejuk dengan tatacara yang betul, dan jangan pernah menaruh barang-barang yang tidak semestinya seperti tersebut di atas, agar tidak terjadi risiko yang mengakibatkan kecelakaan dan kerugian harta benda yang tak diharapkan.

Beberapa minuman atau kemasan makanan biasanya ada keterangan dilarang memanaskan atau pembekuan di bawah suhu 0 darjah, dipantau sebaiknya diamati dengan saksama.

10 Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk Beku

Semua orang menganggap bahawa menyimpan makanan di dalam peti sejuk beku adalah cara terbaik untuk mengekalkan makanan tersebut namun terdapat beberapa makanan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Jelita senaraikan 10 makanan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk beku sekiranya anda mahu elak dari kejutan yang kurang menyenangkan.

Produk Tenusu

Sesetengah produk tenusu akan jadi berair apabila disimpan di dalam peti sejuk beku. Anda boleh membekukan krim lemak tinggi, whipped cream dan krim dengan gula, susu dan keju sekiranya ia masih ada di dalam bekas asalnya. Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan produk tenusu ini mempunyai lebih daripada 40% lemak.

Kentang Mentah

Apabila disimpan di dalam peti sejuk beku, kentang mentah akan bertukar hitam. Sebaiknya anda menyimpan kentang mentah di tempat yang sejuk dan kering. Anda boleh menyimpan puri kentang di dalam peti sejuk beku selama empat sehingga enam bulan.

Telur

Telur mentah akan mengembang apabila membeku dan ia akan menyebabkan kulit telur akan retak. Sekiranya anda menyimpan telur di dalam peti sejuk beku, anda akan perasan tekstur telur kuning yang beku akan menjadi seakan bergetah apabila dicairkan. Lebih elok jika anda simpan telur di peti ais bahagian bawah.

Makanan Di Dalam Tin

Makanan di dalam tin mengandungi cecair yang apabila membeku ia akan menyebabkan tin mengembang dan seterusnya menyebabkan tin tersebut retak atau meletup.

Sayur-Sayuran

Anda tidak perlu membekukan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti salad, timun dan lobak. Apabila sayur ini dicairkan ia akan kehilangan konsisten dan rasa.

Makanan Yang Tidak Dibungkus Dengan Betul

Makanan yang tidak disimpan di dalam bekas kedap udara atau makanan yang tidak dibungkus dengan elok apabila disimpan di dalam peti sejuk beku boleh menyebabkan freezer burn. Makanan masih lagi elok apabila terkena freezer burnnamun ia akan menjejaskan warna, bau, rasa dan tekstur makanan tersebut.

Makanan Panas

Sebelum anda membekukan makanan panas, pastikan anda sejukan dengan suhu bilik terlebih dahulu. Ini kerana sekiranya anda membekukan makanan yang panas di dalam peti sejuk beku, ia akan meningkatkan lagi suhu peti sejuk beku anda dan akan menyebabkan pembiakan bakteria yang cepat.

Makanan Yang Dicairkan

Semasa proses pencairan, mikroorganisme yang tidak mati pada suhu yang rendah akan terhasil. Oleh itu, sekiranya anda menyimpan semula makanan yang sudah dicairkan di dalam peti sejuk beku, jumlah bakteria yang terhasil akan lebih tinggi daripada pertama kali anda menyimpan makanan tersebut di dalam peti sejuk beku.

Serbuk Roti

Serbuk roti akan menjadi lembut dan pucat sekiranya ia dibekukan. Sebaiknya anda cairkan makanan terlebih dahulu sebelum menambahkan serbuk roti di dalam makanan.

Buah-Buahan Dengan Kandungan Air Yang Tinggi

Buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai dan tembikai susu akan menjadi lembut dan kurang masak apabila dibekukan di dalam peti sejuk beku.

link sumber; theklasik.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*