‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ SALAHKAH?, kata bekas Ketua Hakim Negara

http://www.ismaweb.net

Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat tidak salah jika pengusaha kedai dobi meletakkan tanda ‘untuk orang Islam sahaja’

BANGI, 25 Muharram 1439H, Ahad – Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut ‘Orang Islam Sahaja’? Demikian persoalan yang diketengahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai isu kedai dobi untuk muslim sahaja yang hebuh diperkatakan baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kebanyakan orang Islam yang keberatan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana tidak mahu haiwan serta daging yang haram disentuh dan dimakan umat Islam.

“Demikian juga, kebanyakan orang Islam keberataan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak mahu anjing masuk ke dalam rumah mereka atau makanan yang mengandungi daging babi di bawa masuk ke dalam rumah mereka atau mereka tidak mahu daging babi atau makanan yang mengandungi daging babi diletak di dalam peti ais mereka, jika ia disediakan.

“Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut “Orang Islam Sahaja”?

“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya.

sumber; http://www.ismaweb.net

1 Comment

  1. Setuju seratus peratus. Kita selalu terlalu mengambil berat tentang sensitiviti kaum bukan-islam hinggakan sampai ada yang menempelak kaum sendiri apabila cuba mengadakan sesuatu yang baik dari segi syarak. Puak2 ini tidak pulak melenting apabila sesitiviti orang Melayu dan Islam dicerca oleh pihak lain!!Begitu juga puak2 ini tidak pula bising dengan iklan2 yang banyak mempamerkan ekslusif untuk bukan-Melayu sahaja, seperti pekerjaan, sewa bilik/rumah dan sebagainya. Kenapa membisu apabila ada yang menghina Rasulullah dan Ulamak2 secara terang2, menyamakan dengan haiwan hina dan kotor?? Apabila kita sesama kita bertikaian atas sesuatu mengenai tuntutan syarak tanpa ilmu, kita hanya membuka pintu untuk orang lain mencerca dan menghina agama dan hukum2 islam yang suci.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*