Samseng dan gangster cuma dituduh di bawah AKTA PERTUBUHAN? – Syahril A. Kadir

Syahril A. Kadir

Komer sedar tak apa yang terjadi minggu lepas dan ramai di antara kita terlepas pandang?

Seramai 57 orang ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 360 Devan yang disiasat kerana terbabit dalam beberapa siri kes pembunuhan, memiliki senjata api, pengedaran dadah, pemerasan serta culik TELAH DIPINDA pertuduhan mereka!

Bayangkan mereka yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) SOSMA secara tiba-tiba pertuduhan itu cuma dipinda ke Akta Pertubuhan (dengar nama akta pun gangster dah tersengih-sengih)

Apa jadi? Maka hukuman pun jadilah ringan ‘seringan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa’.

Daripada jumlah itu, 42 orang mengaku salah dan dijatuhkan hukuman cuma SETAHUN penjara, seorang dilepaskan manakala 14 orang lagi mengaku tak bersalah dan mohon dibicara.

Punyalah sempoi sedangkan Geng 360 Devan terlibat dalam banyak kes penculikan termasuk kes pembunuhan Ketua Kumpulan Gengstar Satu Hati di Setapak dua tahun lepas.

Apa nak buat, Timbalan Menteri, Hanipa Maidin awal-awal dah umum yg tuduhan ke atas 442 individu yang ditahan dibawah SOSMA sebelum ini mungkin DIPINDA selepas Peguam Negara, Tommy Thomas setuju mengenai perkara itu.

Apa nak jadilaaa….

sumber; Syahril A. Kadir