Samseng-Samseng Cina Binasakan Asia Tenggara – Robert Kuok

https://www.menara.m/

Petaling Jaya: Tan Sri Robert Kuok dalam memoirnya seperti yang dilaporkan The Star berkata, walaupun pendatang Cina secara umumnya banyak menyumbang kepada Asia Tenggara, namun mereka juga terlibat dalam kemusnahan di kebanyakan tempat dalam rantau ini.

“Pendatang Cina yang baik telah membantu membina Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina serta menjadikan negara-negara ini seperti yang ada hari ini.”

“Tetapi ada juga pendatang Cina jahat dan tidak berhati perut, yang akhirnya telah menghancurkan banyak bahagian Asia Tenggara.”

Memetik laporan Malaysiakini, Robert Kuok memberitahu bahawa, perkara itu adalah disebabkan kepimpinan yang lemah dan kurangnya institusi-institusi pengawasan yang kuat.

“Mengapa mereka dibenarkan melakukan kekecohan? Ia adalah kerana kepimpinan yang lemah.”

“Jika ketua-ketua (negara) kuat, semua penjahat ini akan hilang dalam satu malam.”

Dalam pertemuan dengan pemimpin dari pelbagai negara Asia Tenggara itu Kuok memberitahu bahawa, adalah satu kemestian bagi negara menubuhkan badan pengawasan yang boleh memantau pergerakan orang Cina ini bagi mengelakkan berlakunya kemusnahan dalam negara.

“Di mana terdapatnya penyelewengan dan jenayah dilakukan, anda mesti bertindak dengan cepat dan memberikan hukuman yang keras kepada penjahat ini.”

“Anda harus menunjukkan contoh kepada mereka supaya orang Cina yang jujur akan membantu negara anda dan orang-orang yang tidak jujur dihalang.”

Namun, Kuok dalam memoirnya seperti yang diterbitkan dalam South China Morning Post berkata, nasihatnya tidak diendahkan, bukan hanya di Indonesia tetapi juga di kebanyakan negara lain di Asia Tenggara.

Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail mendedahkan bahawa tidak terdapat sebarang kegiatan kumpulan samseng di Terengganu kerana majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu.

Namun pendedahan ini telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah dari Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy yang mendesak Ketua Polis Terengganu tersebut untuk memohon maaf atau dilepaskan dari jawatannya.

sumber: https://www.menara.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*