‘Saya Rayu Minta DiBU NUH’ Tak tahan DISIK SA, Tahanan Ui ghur rayu supaya DIBU NUH…

WASHINGTON 30 Nov. – Seorang wanita etnik Uig­hur beragama Islam mendedahkan bagaimana dia diseksa dan didera dalam kem tahanan yang diwujudkan oleh pihak berkuasa China di wilayah Xinjiang.

Mihrigul Tursun, 29, mem­be­ritahu kepada media di sini ba­hawa dia disoal siasat selama empat hari berturut-turut tanpa tidur, selain rambutnya dicukur dan direnjat dengan elektrik.

Wanita itu juga memaklumkan dia terpaksa menjalani prosedur perubatan yang tidak sewajarnya ketika ditahan kali kedua di China pada tahun lalu dan keadaan tersebut menjadi semakin teruk selepas ditahan kali ketiga.

“Saya rasa lebih baik mati daripada terpaksa mengharungi semua seksaan serta pende­raan tersebut, ma­lah saya juga merayu kepada mereka untuk membunuh sa­ya,” katanya se­perti yang dipetik portal Independent.

Pendedahan itu dibuat keti­ka meningkatnya bantahan se­jagat mengenai penindasan kerajaan China terhadap golongan minoriti di negara itu.

China didakwa menahan le­bih dua juta penduduk Uighur dalam beberapa kem tahanan yang dikatakan berfungsi untuk ‘mendidik dan menanam perpaduan’ dalam kalangan mereka.

Sehingga Oktober tahun ini, pihak berkuasa China berkeras menafikan semua dakwaan tersebut.

Menurut Mihrigul, dia di­be­sarkan di China sebelum ber­pin­dah ke Mesir untuk mempelajari bahasa Inggeris di se­buah universiti di sana.
Kemudian, dia bertemu de­ngan seorang lelaki yang kini menjadi suaminya dan mereka dikurniakan anak kembar tiga.

Pada 2015, Mihrugil pulang semula ke China untuk meluangkan masa bersama-sama keluarganya sebelum ditahan dan dipisahkan dari anak-anaknya.\Apabila, wanita itu dibebas­kan tiga bulan kemudian, se­orang daripada anak kembarnya telah meninggal dunia, manakala dua lagi mempunyai masalah kesihatan.

Dua tahun kemudian, Mih­rugil ditahan buat kali kedua dan beberapa bulan selepas itu ditahan sekali lagi dan terpaksa bersesak dalam sebuah sel bersama 60 lagi tahanan wanita.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa tidur secara bergilir-gilir, menggunakan tan­das di depan kamera keselamatan dan menyanyi lagu Parti Komunis China.
Selain itu, Mihrugil membe­ri­tahu dia dan beberapa ta­ha­nan wanita lain dipaksa mengambil ubat-ubatan yang tidak diketahui termasuk pil yang membuatkan mereka pengsan, pendarahan dan tidak datang haid.

Jelasnya, sembilan tahanan wanita meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan dia ditahan dalam kem berkenaan.
Penderitaan Mihrugil tidak berakhir di situ apabila dia di­renjat dengan elektrik atas kerusi sehingga mulutnya berbuih, selain memberitahu dia dikenakan seksaan berke­naan kerana dia etnik Uighur yang disifatkan sebagai satu jenayah di China.

Selepas dibebaskan, Mih­rugil membawa anaknya ke Mesir sebelum diarahkan pulang semula ke China.
Namun, dia sempat meng­hubungi pihak berkuasa Ame­rika Syarikat (AS) dan pada September lalu, Mihrugil pergi ke AS dan menetap di Virginia. – AGENSI

link sumber; Utusan Online

Baca lanjut di pautan di bawah…

Bukti China seksa etnik Uighur di kem tahanan

Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*