Saya Tak Kahwin Dengan Agong- Nurul Izzah

Berita TV9

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan desas-desus beliau bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menafikan khabar angin itu dan berkata ia adalah berita palsu yang disebarkan.

Ia dinyatakan beliau dalam mesej Whatsapp kepada The Star.

“Tolong hentikan sebarang berita palsu yang disebarkan. Terima kasih. Marilah fokus kepada usaha untuk.menyelamatkan economi Malaysia.

Katanya, banyak lagi perkara lebih penting yang perlu dilakukan.

Khabar angin itu tersebar selepas ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadap bonda Yang di-Pertuan Agong,
Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 24 Mei lalu.

Nurul Izzah, 38 tahun bercerai pada tahun 2015 dan memiliki dua orang anak.

Beliau ialah anak sulung daripada enam adik beradik pasangan Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Image result for ydpa sultan muhammad V
Buletinonline.net

Usah Dengar Khabar Angin – TPM

Terkejut dan beristifar panjang.

Itu reaksi spontan Datuk Seri Dr Wan Azizah apabila menjawab khabar angin anak sulungnya Nurul Izzah Anwar akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agung Sultan Muhamad V.

Hari ini beberapa akhbar tempatan turut menyiarkan laporan mengenai khabar angin berkenaan.

Nurul Izzah turut menafikan khabar angin itu.

Nurul Izzah dipetik sebagai berkata, banyak perkara lebih penting untuk dilakukannya ketika ini.

Nurul Izzah, 37 tahun, mempunyai dua orang cahaya mata dan mula menjadi ibu tunggal sejak tahun 2015.

24 Mei lalu, lawatan pertama Datuk Seri Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri turut dikaitkan dengan Nurul Izzah.

Khabar angin menyebut yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah dalam pertemuan tertutup selama sejam dengan bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian turut membincangkan hal perkahwinan.

sumber; Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*