Semoga Allah Merahmatimu Ustaz zakaria, Pengerusi PERAKAN & Pendakwah Meninggal Dunia (6 Foto)

www.accidentportal.com/

Tawau : Ustaz Zakaria Abd Rashid telah kembali kerahmatullah sekitar jam 11.00 malam tadi,Ustaz Zakria merupakan Ustaz di SK Taman Tawau, Tawau,  Pengerusi PERAKAN Tawau dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Daawah Sabah.

Arwah berasal dari Lundang Paku, Nilam Puri Kota Bharu Kelantan, seorang hamba Allah yang terkenal dengan kerja dakwah di Tawau Sabah tidak lokek ilmu amat disenangi pelajar dan dikasihi semua orang.

Arwah menghembus nafas terakhir malam tadi akibat masalah jantung bocor selepas menerima rawatan di Hospital.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang puteri berusia 9 tahun, 6tahun dan 1 tahun, dia lah penggerak PERAKAN Tawau Sabah, penyubur dakwah di bumi Tawau, akhirnya berangkat menemui tuhannya.

Semoga keluarga nya tabah, anak-anak masih kecil namun Allah lebih sayangkan diri nya, Solat Almarhum Ustaz Zakaria Abdur Rashid akan berlangsung sekarang di Surau Ar-Raudhah Sk Taman Tawau pagi ini. Al fatihah.

ihsan; www.accidentportal.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*