Seperti Mati Hidup Semua, Tempat dimana aku dan keluar tinggal selama 20 tahun dirobohkan seperti tiada nilai.

Siti Safiah Ibrahim

Tempat dimana aku dan keluar tinggal selama 20 tahun dirobohkan seperti tiada nilai.

Bermula 1 tahun lepas 2017 sebelum aku nak kawen. Family semua balik Kg sbb nak memadah (jemput) utk kenduri kawen aku la. 

Dlm 3 hari time dkt kg dpt berita ad org tampal notis nak robohkan rumah dlm masa 2 minggu.

Terus balik KL nak tengok rumah. Lupa nak bagitau, aku ni tinggal dlm perkampungan cina dn family aku je melayu. Abah aku plak seorang bapak y sangat mementingkan adat istiadat melayu islam. Kalau kau cakap oweng putis sikit memang kau kene kecam dgn abah aku.

Sambung cerita roboh, balik dri kg terus turun naik pejabat tanah dgn JKR. Dlm seminggu jugak uruskan hal ni. Maklumlah kami melayu kecik je tak berduit tak berharta. Masuk pejabat ditendang2 pula. Cik pegi sana cik pegi sini. Dah la tak tahu cara, kau jentik je ikot suka.

4 buah bangunan y kene roboh,3 cina 1 melayu (family aku). Y lain dpt tempat utk berpindah tapi family aku tak diberi apa2, tempat nak pindah pon tak ada apatah lagi pampasan memang tak ada 1$ pon. Tak mintak pon semua tu. Y aku mintak hati kemanusian. Ingt family aku ni org Burma y tak ada negera sendiri ke?

Burma pon UN boleh tolong, apatah lagi family aku anak jati malaysia y ada pemerintah ada wakil rakyat ad menteri tapi tak dilayan pon. Hei pembesar! Korang boleh duk atas kerusi tu sbb aku pangkah la tu, kalau aku tak pangkah kau, tak boleh kau nk duduk atas kerusi tu.

Katanya ini tanah kerajaan jadi tuan tanah nak ambil balik sbb nak besarkan jalan. Ya memang nak bagi balik tapi kami bukan ada duit seketol nak buat rumah nak cari tanah. Dulu time nak tinggal kat tanah tu kene bayar la kene mintak la kene tunggu proses itu la ini laaa. Tapi ada tak kerajaan fikir proses kami utk berpindah.

Memang dh bagi notis lama 1 tahun. Notis tu tampal dgn gam senang je. Knp tak berbincang jumpa bagitau plan nak buat apa mcm mana dkat mana sampai mana. Baru kami sekeluarga tak terumbang ambing buat andaian sendiri.

Pagi ini 14/1/2019 semua dirobohkan kami family satu keluar nak tinggal mana? Dgn barang banyak. Bila dh jadi mcm ni baru nak explain itu ini. Aku dgn anak kecik pegi turun naik pejabat nak settle rumah abah aku ni. Skrg kawasan rumah aku dpt dkt gamuda, kawasan kedai aku dpt dkt JKR. Keluarga aku hilang semuanya.

Abah aku skrg dah umur 65 tahun ank semua sekolah lagi tempat cari makan hilang tempat berteduh hilang. Macam mati hidup balik mula kan kehidupan baru balik.

Ini post aku paling panjang, tak pernah aku buat karangan, last dulu SPM laaa.

sumber; Siti Safiah Ibrahim

kredit link; Pok Wan Binjai