Siapa Cakap Di Kelantan Tiada ‘Amoi’ Tukang Urut? Ikuti Pengalaman Seorang Peguam…

KongsiOn9

Tadi rakan saya bercerita kisah dia di KB, saya tergelak besar. Nak tau cerita, silalah baca ye

Rakan peguam saya ni agak nakal sikit. Dia datang ke Kota Bharu, ada kes bicara katanya.

Lepas check in hotel, dia turun bawah dan bertemu pemandu teksi. Dia yang ‘nakal’ bertanyakan seorang pak cik,

“Ada tempat mengurut di KB ke, Pak Cik?”

“Ada”, kata pemandu teksi.

Tersenyum kawan saya.

Apa dalam fikiran dia, tuan puan yang baca mungkin boleh agak. Dia yang ‘cool’ bercerita kepada saya terus jadi marah.

“You tau dia hantar saya ke mana, Hasif?” Manalah saya tahu, jawab saya.

Area Tesco, katanya meninggikan suara.

Apa ada di Tesco? Saya kehairanan.

You tau dia stop kereta, dia hantar saya mengurut kat mana?

Mana? tanya saya. Saya tidak sabar untuk mengetahui jawapan.

“Kerusi Urut Ogawa dalam shopping kompleks”

Hahahahahaha, saya terus gelak… hahahahah.. Terkeluar air mata saya gelak…. kelakar,kelakar, kelakar kata saya.

Kawan saya sakit hati ‘gila’.

“Tu la kau, KB ini semua orang baik baik. Mana ada amoi mengurut”. Hahahahaha…saya terus gelakkan kawan saya. Merah padam muka dia.

Hahahahaha… alahaiiiii.

“Nightmare aku Hasif kat KB ni”, katanya berlalu.

sumber; Hasif Hasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*