Solatlah seolah-olah itu solat terakhir kita…

Muhammad Luqman Makhtar

Semua orang mengidam solat yang khusyuk. Dan, solat tarawih setiap malam boleh memberikan latihan yang cukup untuk itu. Caranya, setiap kali hendak solat, letakkan diri dalam mod; “Ini solatku yang terakhir!”

Demikian generasi salaf dilatih. Seorang sahabat besar Saad bin Abi Waqqas ketika sakit hendak meninggal dunia, beliau berpesan: “Wahai anakku. Sungguh engkau tidak akan temui lagi sesiapa yang lebih menyayangimu daripada aku… Apabila engkau hendak solat, maka berwuduklah yang terbaik.

Kemudian solatlah, solat yang kamu rasakan kamu tidak akan dapat solat lagi selepas ini.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir)

Bahkan diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki datang menemui Nabi. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku sesuatu yang ringkas.”

Nabi pun bersabda, maksudnya: “Ketika kamu hendak solat, maka solatlah seakan-akan solat perpisahan. Jangan ucap kata-kata yang kamu akan terpaksa membelanya kelak. Dan berputus asalah daripada mengharap ap-apa yang dimiliki oleh orang lain.” (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

sumber; Muhammad Luqman Makhtar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*