Status HALAL; Antara Viral Fitnah dan Tidak Betul Dengan Realiti Yang Sebenarnya Di Malaysia

Bahagian Hab Halal, JAKIM

Halal Satu Tuntutan, Bukan Omongan Kosong!

Mutakhir ini kalut dan heboh semua orang dek kerana membicarakan isu halal serta ditambah pula dengan tular (viral) berulang tentang halal.

Bukan sahaja dalam negara bahkah terpalit juga isu-isu yang berlaku di luar negara. Ini lah satu rahmat dan kebaikan untuk semua.

Membuka mata yang terlena, mengejutkan yang terlena dan menyedarkan yang sedang bermimpi.

Tidak ketinggalan juga mengetuk pintu hati yang masih tak acuh dengan apa yang dimakan atau dipakai mahupun yang diguna atau yang masih berpeluk tubuh dengan mengatakan “I don’t care” “whatever”.

Islam agama yang membawa rahmat dan kebaikan untuk semua. Malah agama Islam menyantuni semua pihak. Tuntutan mencari yang halal bukan satu perkara baru tetapi telah terakam dalam naskah Al-Quran dan kitab Hadis sejak berabad tahun yang lalu….

Bahagian Hab Halal, JAKIM

sumber; Bahagian Hab Halal, JAKIM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*