Suatu masa nanti kita akan sedar betapa singkatnya masa membesarkan anak-anak…

FB - Unknown source

Suatu masa dulu…

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan dibawah meja. Maka…… kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya… seorang akan bertanya emak. “Mak… mana pensil saya.”. Kemudian sorang lagi bertanya… ” bedak mana makkk?” Sorang pulak akan tanya…” anak tudung saya mana mak?

Mak segera lupakan jeritan semalam… “Tu laaa… lain kali jangan sepah barang2.”

Rindunya saat-saat dulu…

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2… ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun… sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi… mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA… kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.

Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit… suruh anak2 buka atau tutup.

Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak abah sentiasa mendoakan dan memohon…

YA ALLAH… peliharalah anak2ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari…

Dedicated to all parents….. Kehidupan kita sekarang…

sumber; FB (unknown source)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*