[Video] Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ … seorang atuk tua yang uzur begitu GIGIH mendirikan solat biarpun terketar-ketar…

هدايت كادابن

Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ …

Seorang atuk tua yang uzur namun masih cuba untuk gigih berdiri melakukan solat sunat rawatib walaupun dalam keadaan terketar-ketar. Apa alasan kita? 😔

Saudaraku,
Nilai ibadah pada hari ini mungkin tak berharga bagi kita, justeru itu ramai yang tidak mengendahkannya. Tapi percayalah, satu hari nanti ia akan menjadi lebih mahal daripada semua harta benda duniawi. Sebelum terlambat, manfaatkanlah masa-masa hidup yang tersisa untuk mengumpul bekalan akhirat.

Dari Abu Hurairah: Satu hari Rasulullah ﷺ melintasi sebuah kubur. Baginda menunjuk kepada kubur tersebut dan berkata: “Solat dua rakaat lebih disukai oleh penghuni kubur ini berbanding dunia dan seisinya.”
(riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Imam al-Munziri berkata sanadnya hasan)

Saudaraku, 4 perkara ini pasti terjadi sama ada kita menjaga solat ataupun tidak. Mari kita renung-renungkan..

1️⃣ Jika kita malas ke masjid..
Maka tunggulah saat dimana orang lain yang akan mengangkat kita ke masjid..

2️⃣Jika kita malas nak solat..
Maka tunggulah saat kita datang ke masjid untuk disolatkan..

3️⃣Jika kita tidak mahu menutup aurat..
Maka tunggulah saatnya orang akan menutupkan aurat kita dengan kain kafan..

4️⃣Jika kita keterlaluan sayangkan harta…
Maka tunggulah saat kita menyesal di dalam kubur kerana tidak pernah menderma (sedekah) harta kita sementara diberi kesempatan ketika hidup..

Saudaraku,
“Jagalah solat..
walaupun kita bukan orang baik.
Kerana ‘TIADA ISTILAH’ orang itu baik jika tidak menjaga solat..

Baik yang kita ‘nak’ itu..
bukan dari pandangan manusia..
Tetapi dari pandangan rahmat Allah..”

Wallahua’lam..

sumber; هدايت كادابن

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*