Subhanallah… Anak rahsiakan derma buah pinggang untuk selamatkan bapa

ilmfeed.com

Bayangkan diri anda perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawa. Anda memerlukan organ baru dan anda menerimanya dalam masa yang sangat ditungu-tungu. Anda lega dan bersyukur kerana peluang untuk diberi peluang hidup satu hari lagi. Jutaan terima kasih kepada kemurahan hati seorang individu tanpa nama yang menderma buah pinggangnya. Anda tertanya-tanya siapa mereka dan terus berdoa untuk kesejahteraan penderma itu.

Mohammed Ismail Ashour Al-Saigh dirahmati dengan peluang untuk mendapat manfaat daripada penderma yang mulia hatinya selepas dia mengalami kegagalan buah pinggang. Sebelum operasi penting ini, Al-Saigh tidak tahu langsung tentang identiti penderma misteri yang menyelamatkan nyawanya.

Selama tiga tahun, anak perempuannya, Wala, telah menjaga kesihatan bapanya yang merosot sehingga sampai kepada situasi di mana, hanya penderma buah pingang sahaja  yang mampu menyelamatkan nyawadan adalah usaha terakhir untuknya dia terus hidup.

Wala lebih resah dan cemas setiap kali ayahnya menjalani dialisis. Al-Saigh tumpah air mata dan gelisah sewaktu dialisis.

Semsa Al-Saigh sedang menghadiri temujanji, Wala secara rahsia mengakses laporan perubatannya. Analisis perubatan seterusnya mendedahkan bahawa dia sangat sesuai untuk jadi donor. Dan beliau sekeluarga segera pergi ke Tabuk dari Dhiba untuk tujuan teraebut. Al-Saigh hanya diberitahu bahawa dia ada berita gembira kerana ada penderma buah pinggang untuknya tetapi penderma mahu identiti dirahsiakan.

Ketika operasi di Hospital Angkatan Tentera di Tabuk dirancang dan ditetapkan, Wala yang berusia dua puluh tiga tahun terus menyembunyikan bahwa dia adalah pendermanya.

Ketika Al-Saigh tersedar daripada pembedahan, dia smendapati ada seorang lagi pesakit di tempat tidur di sebelahnya. Tahulah Al-Saighi bahawa penderma misteri itu tidak lain adalah anak perempuannya yang tercinta.

Menurut Wala, pengorbanan yang telah dibuat untuk  ayahnya, tetap tidak sama dengan pengorbanan ayahnya untuk membesarkan  anak-anak itu dengan penuh perhatian.

Mengulas semula pertemuan itu dalam Berita Gazette Saudi berkata kepada bapanya, “Sudah waktunya kami ‘membayar’ anda untuk semua perkara baik yang telah anda lakukan untuk kami. Anda telah membimbing kami dengan betul, membina rumah yang indah untuk kami dan menjaga kami dengan kehidupan anda. ”

Wala menambah bahawa dia melihat air mata keluar dari mata ayahnya yang bersyukur, “Saya sangat gembira kerana buah pinggang saya sesuai dengan ayah saya dan saya telah menyumbangkannya kepadanya,” katanya.

sumber; ilmfeed.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*