Subhanallah. Datuk Hj Aznil Hj Nawawi; Dari Pentas Glamour Ke Medan Fi Sabilillah, Kini Punya Madrasah Tahfiz Sendiri

Bunga Bunga

Siapa tidak kenal Datuk Hj Aznil Hj Nawawi yang begitu mesra dengan panggilan Pak Nil … Beliau merupakan seorang seniman yang terkenal dan sangat berbakat dalam bidang lakonan, pengacara, menyanyi dan merupakan bekas penyampai radio … Saya mengenali Pak Nil hanya melalui kaca TV daripada beberapa rancangan seperti Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Cicakman dan lain-lain sewaktu saya masih remaja zaman persekolahan (kantoi pulak peminat AF dulu) … Hahaha …

Siapa sangka, Pak Nil secara diam telah terlibat dengan aktiviti berbentuk amal jariah dan keagamaan … Alhamdulillah hari ini saya berpeluang bertentang mata dengan Pak Nil dalam sebuah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh beliau sendiri di Maahad Al Quran Annawiy, Cheras bersama dengan ayahanda Dato Dr Hasan Mohamed Ali, ayahanda DrSam, Abg Mohd Ali Ismail XPDC, Abg Ijam TokLid, Ust Najib Jinggo … Sifat Pak Nil yang begitu ramah dan tidak sombong menyebabkan beliau mudah didekati oleh semua orang tidak mengira usia …

Image may contain: 6 people
Foto ihsan Bunga Bunga
Image may contain: 7 people, people sitting and indoor
Foto ihsan Bunga Bunga

Malam tadi tazkirah selepas Maghrib disampaikan oleh Ayahanda Dr Hasan Ali dan tazkirah selepas Isyak pula disampaikan oleh Maulana Gadaffi yang terkenal sebagai Maulana Tariq Jamil Thailand daripada Yala, Thailand … Kedua-dua tazkirah begitu hebat dan sangat memberi kesan kepada hati para pendengar yang hadir … Maulana Gadaffi mengakhiri tazkirahnya dengan doa sehingga membuatkan kami yang mendengar mengalirkan air mata …

Akhir sekali, Pak Nil memberi ucapan penutup majlis sehingga mengalir air mata mengenangkan kisah hidup yang lampau dan menyimpan hasrat untuk terus istiqamah menginfaqkan hartanya di jalan Allah dan terus menghadiri majlis-majlis ilmu … Sebelum balik, ayahanda Dr Hasan Ali tidak lupa mengajak Pak Nil untuk bersama-sama dengan jemaah 10 hari akhir Ramadhan ini nanti insyallah …

Tkasih DrSam sbb sudi hadir majlis Iftar, Solat Maghrib, Solat Isyak, bacaan Yassin, Tahlil, Terawih, Taskirah dan moreh yg #paknil anjurkan di Maahad Tahfiz AlQuran Anawiyah Cheras. Insyaallah kita jumpa lagi- foto ihsan Aznil Hj Nawawi
Di majlis iftar dan ilmu bersama Ali Terrarossa. Seronok bila Allah temukan kami semula di majlis sebegini Maahad Tahfiz Alquran Anawiyah – foto ihsan Aznil Hj Nawawi

Doakan agar kita semua istiqamah dalam amal agama dan kerja dakwah … Smoga Allah SWT jadikan pertemuan dan perpisahan ini jadi asbab hidayat dan termasuknya kita dalam kalangan orang yang bernaung dibawah arash Allah SWT … Insyallah,

Dakwah Zindabad !

 

sumber; FB Bunga Bunga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*