Subhanallah, Peristiwa Luar Biasa & Coretan2 Terpilih Tentang ‘Wira Rakyat’ Tentang Allahyarham Abdul Bari

Dr samsuri Moktar Wan Sukairi Hisamudin Abdullah Teganu kita

# Video solat jenazah, pengebumian dan bacaan talkin ada di hujung artikel…

Coretan 1

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Alhamdulillah syukur jenazah Allahyarham Abdul Bari telah ditemui pagi tadi. Sungguh besar jasa arwah, mengorbankan diri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam operasi ini termasuk yang mendoakan.

Coretan 2

Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Mohd Faizul Wan Abas

Suasana di masjid seolah-olah ada majlis rasmi yang akan dihadiri Menteri Besar. Kelihatan ramai anggota bomba hadir. PDRM bersongkok hitam sebagai tanda ada kematian pun ramai yang hadir. Ramai juga kawan-kawanku yang hadir. Termasuk pimpinan PAS. YB Ustaz Ahmad Shah Adun Bandar mengimamkan solat zohor berjamaah, kemudian YB Ustaz Wan Sukairi mengimamkan solat jenazah.

Demi Allah, aku jadi saksi betapa ramainya orang-orang baik solat jenazah Abdul Bari lepas zohor tadi. Tak muat masjid Merbau Patah dua tingkat!

Mudah-mudahan ia menjadi bukti amalannya diterima Allah. Syahidnya adalah syahid yang benar. Mengorbankan diri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

sumber; Wan Sukairi Wan Abdullah

Coretan 3

Ustaz Wan Sukairi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah

Kerajaan Negeri Terengganu dijangka akan memberi anugerah tertentu kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf Mohd Mustafa, 31, kerana jasanya menyelamatkan empat mangsa dalam kejadian kereta terjunam ke sungai dekat Pulau Warisan di sini kelmarin.

Serentak itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah berkata, beliau sendiri akan mengusulkan anugerah tersebut dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu ini.

“Saya sendiri akan mengusulkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari Rabu ini untuk memberikan anugerah yang tertentu atas kejayaan dan juga di atas sifat terpuji yang telah pun dilakukan oleh beliau yang sepatutnya dicontohi oleh semua khususnya belia dan juga rakyat negeri Terengganu,” katanya.

sumber; https://www.teganukita.net

Coretan 4

PERWIRA DARUL IMAN – Dr Zulbakri, Mufti WP

1. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya dalam insiden kenderaan pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, malam kelmarin.

2. Sesungguhnya, pengorbanan almarhum untuk menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Orang yang mati syahid ada 5 kategori: Mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan, dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah. [Riwayat al-Bukhari, no. 2829]

3. Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan agar keluarga beliau, juga penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

4. Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum.

5. Kami akhiri dengan lafaz ( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Coretan 5
Ini MAT DAN yang hadir sama semasa pengebumian Allahyarham Abd Bari Asyraf . Diberi hidayah untk memeluk islam. Sungguh terpuji bila dilihat dia mengeluar duit utk diberi kepada Ayah arwah. Mat Salleh yang duduk diTerengganu dan belajar kehidupan bersama Melayu Islam disini.

RESPECT

Image may contain: 1 person, hat, outdoor and closeup
Tonton video solat jenazah dan pengebumian di bawah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*