Subhanallah, Sekumpulan lelaki tunaikan solat Subuh di dalam tren KTM

‎Noorhashim Mohamad‎

Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ

Sekeping foto yang sungguh menyentuh hati. Sekumpulan lelaki yang bergelar ayah terpaksa menunaikan solat Subuh di dalam sebuah tren yang dipercayai sebagai komuter semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Memandangkan waktu Subuh lewat sekarang iaitu selepas pukul 6 pagi (6.09 pagi @ KL @ 1/1/2019), mereka tidak sempat menunaikan kewajipan solat Subuh  sebelum menaiki tren, lalu mereka tiada pilihan lain selain daripada menunaikannya di awal waktu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka kerana sangat mengambil berat kewajipan solat 5 waktu.

Semoga Alah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sebagaimana rezeki sang burung yang keluar pagi kelaparan namun balik petang dengan perut yang kenyang…

Origina1 message…

Suasana dalam komuter subuh tadi…

Para2 suami keluar awal untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang…

Ya Allah ya tuhan kami…
Berikan mereka kemudahan untuk mencari rezeki demi keluarga…
Ketuk pintu hati mereka supaya tidak lalai dalam menjalankan kewajibannya…
Jagalah mereka Ya Allah agar selamat dalam lindunganmu….

Amin ya rabbal allamin…

link sumber; ‎Noorhashim Mohamad‎