Syukur Khamis Hanya Menang Top 20 Gambar Terbaik dunia, Foto Mana Yang Menang No 1 Gambar Terbaik Dunia 2018? Saksikan…

www.peliksantai.com

Hari ini rakyat Malaysia banyak berbicara kisah remaja, Syukor Khamis, 14 tahun pelajar dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu  yang dilihat mampu “berkawan rapat” dengan binatang peliharaan ayahnya iaitu kerbau yang jumlahnya mencecah 100 ekor lebih. Syukor dilihat langsung tidak kekok malah begitu bersahaja dengan reaksinya termasuk dia cuba berlaga tanduk dengan kambing peliharaan ayahnya.

Melalui gambar bidikan jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman, gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan  Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

Selain kisah Syukor yang viral, anda tentu nak tahu gambar mana lagi yang diangkat sebagai gambar terbaik dunia 2018 kan.

Jom tengok, mana tahu jadi inspirasi pada anda dan lepas ni bolehlah berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan menang pertandingan dunia pula. Rezeki orang tak siapa tahukan!

Senaraikan 20- gambar terbaik yang dipilih dalam pelbagai kategori. Untuk makluman korang, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards menerima 48,000 penyertaan peserta melibatkan  156 buah negara.

1.Berkongsi emosi (Anugerah Istimewa, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

2.Musang Artik, Amerika Syarikat (3rd place Kategori Haiwan Dalam Persekitaran Semula jadi)

3. Bayangan badak sumbu, Kenya (Sebutan Kehormat, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

4. Pemandangan dalam air, musim salji di Lofoten (Anugerah Istimewa, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

5. Bunga liar kosmik, Brazil (Sebutan Kehormat, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

6. El Calbuco, Chile (1st Runner up Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

7. Perkampungan Permainan, Russia (1st Runner Up Kategori Ruang Bandar & Seni Bina)

8. Nemo di dalam rumah(Anugerah Istimewa Kategori Haiwan Dalam Persekitran Semula Jadi)

#9. Perjalanan tuah dan kekayaan, Vietnam (Sebutan Kehormat, Kategori Pancuran Warna Warni)

#10. Larian comel! (Anugerah Istimewa, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#11. Kumpulan unta di gurun, Mongolia (Tempat Kedua, Kategori Warna Am)

12. Ombak 12 meter di perairan Antartika (Tempat Ketiga, Kategori Perjalanan dan Pengembaraan)

#13. Haus dan minum, China (Sebutan Kehormat, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#14. Kanak-kanak dalam dakapan ukiran tangan dan kraftangan, Ethiopia (Tempat Pertama, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#15. Pasar terapung, Indonesia (Tempat Pertama, Kategori Pancuran Warna Warni)

#16. Menerima realiti, Pulau Pleneau, Semenanjung Antartika (Tempat Pertama, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#17. Pemandangan Padang Bola Sepak Henningsvaer, Norway (Tempat Kedua, Kategori Ruang Bandar dan Seni Bina)

#18. Peserta triathlon, Pelabuhan Duesseldorf Media, Jerman (Tempat Pertama, Kategori Warna Am)

#19. Nelayan mendayung sampan di Tasik Inle, Myanmar (Tempat Pertama, Kategori Bawah 20)

#20. Mangsa konflik dan pertikaian, Bangladesh (Anugerah Foto Terbaik, Siena International Photo Awards 2018.)

Ya, inilah gambar terbaik dunia. Keta kutan dan tangisan seorang kanak-kanak Bangladesh, Asmat Ara begitu trauma dengan keganasan dan penghapusan etnik yang sedang berlaku di Myanmar dinobat gambar terbaik dunia di dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018. Foto ini diambil di kem pelarian Rohingya Tenkhali, di Bangladesh oleh K.M Asad.

link sumber; www.peliksantai.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*