Tahukah anda bahawa dengan membasuh tangan secara kerap dapat menyelamatkan jutaan nyawa? Ayuh, tunggu apa lagi? Ambil sabun dan cuci tangan anda!

Semua orang tahu bahawa mencuci tangan dengan kerap dan menyeluruh adalah penting. Tetapi berapa ramai daripada kita yang membasuh tangan sekerap yang diperlukan? Seorang guru telah menjalankan sebuah eksperimen yang agak menjijikkan dengan menggunakan kepingan roti supaya para pelajarnya dapat memahami kesan buruk jika mereka gagal membasuh tangan sekerap yang diperlukan.

Donna Gill Allen mengajar Health Occupation di Cape Fear High School di Fayetteville, jadi dia tahu sedikit sebanyak mengenai kesan buruk jangkitan kuman.

Untuk menunjukkan kesan itu, dia dan kelasnya mengeluarkan tiga keping roti- sekeping roti dikeluarkan dengan memakai sarung tangan, roti kedua dikeluarkan dengan tangan yang baru dibasuh, dan yang ketiga dikeluarkan dan diedarkan kepada semua pelajar di kelas.

 

Setiap kepingan roti kemudiannya dimasukkan ke dalam beg yang berasingan dan dibiarkan selama beberapa hari.

“Lihatlah bagaimana roti berubah dari masa ke masa disebabkan oleh kuman,” tulis Allen di Facebook miliknya yang kemudian menjadi viral.

Jelas, kepingan yang diedarkan di seluruh kelas menunjukkan keadaan yang agak menjijikkan. Kepingan roti yang lain pula kelihatan masih segar untuk dimakan. Pengguna Facebook yang terkejut dengan keputusan itu telah berkongsi catatan Allen sebanyak hampir 75,000 kali.

Ekperimen Allen juga turut melampirkan bersama statistik terkenal iaitu laporan CDC. Laporan tersebut menjelaskan bahawa terdapat penyelidik di London mendapati bahawa jika semua orang membasuh tangan mereka secara rutin, “satu juta kematian dapat ditangani dlam setahun”!

Tunggu apa lagi? Basuh tangan anda dan jangan lupa untuk menggunakan sabun!

Selepas mengetahui akan hakikat ini pasti membuatkan anda akan lebih berhati-hati selepas ini. Mencuci tangan dengan kerap mungkin nampak mudah, seolah-olah tidak penting dan tiada yang serius tetapi hakikatnya tidak begitu. Cuci tangan dengan kerap dan bersih sebenarnya kunci kepada kesihatan.

Pastikan tangan anda dan keluarga anda sentiasa bersih agar kesihatan yang baik dapat dikekalkan. Ingat, dengan mencuci tangan sejuta nyawa boleh diselamatkan dalam setahun!

Sumber; Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*