PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN! Tayar motorsikal sering bocor membuatkan seorang lelaki bertindak mahu mencari puncanya dan menemui bukti yang mengejutkan!

http://www.erabaru.com.my

Jalan raya seharusnya menjadi laluan yang selamat bagi pengguna untuk bergerak dan menuju ke destinasi yang dituju. Pihak bertanggunjawab harus cakna dengan permukaan dan keadaan jalan raya, kerana tindakan mereka menentukan nasib pengguna-pengguna di atas jalan raya.

Saban hari kita sering dengar mengenai keadaan jalan yang tidak baik serta jalan yang berlubang, malahan dapat melihat sendiri yang akan membuatkan pengguna berada dalam risiko bahaya apabila berada di jalan raya.

Perkara seperti itu perlu dielakkan, dan perlu kita bentuk senario jalan raya yang lebih terjamin dan selamat.

Di samping itu, pengguna jalan raya juga terdedah dengan kewujudan objek-objek yang tidak sepatutnya [seterusnya menimbulkan bahaya] di atas jalan raya.

Sepertinya, sejurus anda melangkah dan bergerak ke jalan raya, anda secara automatik akan terdedah dengan bahaya.

Seorang pengguna jalan raya dan penunggan motorsikal, Zul Mamu berdepan keadaan yang tidak bernasib baik apabila tayar motorsikal miliknya sering pancit.

Kerana keadaan tersebut, dia bertindak mahu mencari puncanya, dan penemuan beliau pasti mengejutkan anda semua.

Dia yang sering kali menggunakan lebuhraya MEX (Maju Expressway) sebagai jalan utama untuk berulang-alik dari tempat kerja menasihati para pengguna jalan raya untuk berhati-hati melalui kawasan tersebut. Amaran yang diberi adalah berdasarkan bukti dan penemuan yang ditemukan.

Setelah menyelusuri jalan raya tersebut, dia menemui banyaknya paku-paku, skru, dawai dan besi yang boleh menyebabkan kebocoran tayar berlaku, seterusnya mengundang bahaya kepada penunggang dan semua pengguna.

Pastinya, barangan yang ditemukan pastinya sesuatu yang diletak sendiri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan individu yang mahu mengambil keuntungan [golongan yang sengaja meletakkan barang bahaya di atas jalan raya supaya pengguna membayar untuk membaiki tayar motorsikal yang bocor terutamanya] atas masalah orang lain harus dihentikan.

Perkara itu bukan sahaja membuatkan mereka kehilangan wang, malah mungkin sekali berisiko kehilangan nyawa. Menerusi lama Facebooknya, Zul menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati, dan menekankan supaya pihak bertanggungjawab mengambil cakna akan masalah ini.

Kejadian ini bukan sahaja berlaku di jalan yang dilalui Zul, malah di jalan raya seluruh Malaysia

Lihat koleksi gambar-gambar ‘ancaman’ yang ditemukan Zul Mamu di atas jalan raya.

Era Baru

sumber; Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*