Tazkirah Sentap; Kita hilang banyak perkara dengan HP!

Dar Taibah Barakah

Berjauhan dari HP!

جربوا الإبتعاد عن مواقع التواصل الإجتماعي قليلاً،

Cuba jauhkan diri dari media sosial buat sementara

وستكتشفون أنه لم يفتكم شيء داخله ، لكن فاتتكم أشياء كثيرة خارجه !!

Kamu akan dapati bahawa kamu tidak akan hilang apa-apa pun daripada perkara yang ada di dalamnya!! Akan tetapi kamu telah hilang banyak perkara diluarnya.

Iaitu:

– كبرت أمهاتكم وآباؤكم وأنتم لا تشعرون.

Ibu bapa yang semakin senja usianya sedangkan kamu tidak menyedarinya

– أهملتم تربية أولادكم وبناتكم وأنتم ساهون.

Kamu telah mengabaikan didikan terhadap anak-anak lelaki dan perempuanmu dan kamu lalai terhadap mereka.

– غادر أحبتكم دون أن تنتبهون.

Telah berlalu orang yang kamu sayangi tanpa kamu mengambil peduli.

– ضاعت عليكم فرص كثيرة ، وأوقات ثمينه وأنتم غافلون.

Kamu terlepas peluang yang sangat banyak dan masa yang cukup berharga sedangkan kamu terus-menerus dalam keadaan alpa.

صلوات ، أذكار ، سنن ، قراءة القرآن ، جلوس مع أمهاتكم وأباؤكم ، إهتمام بأطفالكم ومراقبتهم ، ترديد وقت الأذان ، إستغفار وقت السحر ، جلوس ودعاء عقب كل صلاة ، صلاة على النبي ، وغيرها الكثير الكثير.

Solat-solat fardhu, zikir-zikir, sunnah-sunnah, membaca Al Quran, duduk dengan ibu dan ayah kamu, mengambil berat soal anak-anak kamu dan memerhatikan mereka, menjawab azan, istighfar waktu sahur, duduk serta berdoa lepas solat, berselawat keatas Nabi SAW dan banyak lagi selain perkara ini yang kamu terlepas.

هل سألت نفسك يوماً ما ، لماذا مواقع التواصل الإجتماعية مجانية؟

Apakah kamu pernah bertanya diri mu pada suatu hari, kenapa laman-laman sosial itu percuma?

ببساطة، عندما لا تدفع ثمن البضاعة فاعلم أنك ( أنت البضاعة )

Mudah sahaja jawapannya, saat kamu tidak membayar apa-apa untuk sesuatu perkara maka ketahuilah bahawa KAMU adalah barangnya.

#محمدراتبالنابلسي
Dr Muhammad Ratib Nabulsi.

sumber;

Dar Taibah Barakah 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*