Tazkirah; Usia 40 tahun lambang kestabilan personaliti, muhasabahlah diri kita dengan Allah…

Dr. Muhamad Faisal

Bagaimanakah kecenderungan kita bila dah cecah usia 40? Masih hidup macam umur 20-an? Masih culas dengan masjid dan kuliah agama? Masih jauh dengan al-Quran? Masih bakhil untuk bersedekah lebih dari kebiasaan?

Mari kita bersama bermuhasabah diri. Hidup di dunia hanya satu persinggahan…

Usia 40 tahun melambangkan kestabilan personaliti seseorang. Lagi bertambah usianya, lagi kuat sesuatu sikap, peel, amalan dan pegangan hidupnya.

Oleh sebab itu, umur 40 tahun dikaitkan dengan kematangan dan kestabilan emosi dalam kehidupan. Pada usia ini juga manusia mencapai puncak kesihatannya kerana selepas itu kekuatannya sedikit demi sedikit akan semakin berkurangan.

Sekiranya pada usia 40 ni, manusia mempunyai sikap yang baik dan positif maka alhamdulillah. Dia rajin membaca Quran, komited dengan kuliah agama dan solat jemaah, menghormati rakan, bersifat pemurah, merendah diri dan sebagainya. Maklumlah sudah 40 tahun dia menjiwai watak berkenaan.

Limbongan.net

Sebaliknya jika pada usia ini dia menjadi nakal, jauh dari kuliah agama, ke masjid dan surau pun payah, maka susah untuk dia mengubah dirinya sendiri. Apatah lagi apabila orang lain cuba menasihatinya dan menegurnya.

Inspira Data

Sebenarnya, diri sendiri perlu kuat untuk mengubah keadaan dan nasib dirinya sendiri dan bersabar dengan ujian dalam kehidupan.

sumber; Dr. Muhamad Faisal

kredit link; Pok Wan Binjai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*