TERBAIKKK! Banteras Penipuan Agensi Lori Tunda; PPIM Tawarkan Khidmat Tunda Kereta (Callman)

Bagi membanteras penipuan agensi yang menawarkan perkhidmatan tunda kereta mahupun ‘callman’, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Callman SeMalaysia, PERCAMAS bagi mengurangkan kes pengguna ditipu.

Justeru Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata talian hotline 016-257 6699 dilancarkan semasa kempen perayaan ini
bagi memudahkan pengguna mendapatkan bantuan kerosakkan kenderaan mahupun kemalangan di jalan raya.

Beliau bercakap pada sidang media sempena program keselamatan jalan raya sempena musim perayaan di ibu pejabat PPIM, ibu negara.

Tambahnya dengan adanya talian berkenaan ia mampu memberi kelegaan dan keselesaan kepada pengguna.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image result for tow truck ppim
PPIM
Image result for kereta eksiden kena towing
PanduLaju

PPIM turut mahu mengingatkan pengguna agar tidak menandatangani apa-apa dokumen sebelum menghubungi talian bantuan tersebut.

Perkara itu bagi memastikan ada pihak bertanggungjawab membantu mereka dalam kecemasan khususnya menunda kereta sampai ke bengkel yang berdaftar.

Ketika ini PERCAMAS mempunyai lebih 2,000 ahli di seluruh Semenanjung yang berdaftar dengan menawarkan khidmat bantuan awal untuk menarik kereta mengalami masalah seperti kerosakan atau kemalangan

Pertubuhan ini juga julung kali menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat ke arah patuh syariah yang membantu pengguna jalan raya bersama pihak berkuasa tempatan.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*