TERBONGKAR! “Cina Peluk Islam Dikutuk Sebagai Melayu Babbi”

Khayr

UNGKAPAN Malai Chu atau ‘Melayu Babbi’ adalah antara cercaan sering dihamburkan sebilangan masyarakat Cina terhadap ahli keluarga atau kenalan mereka yang berhasrat memeluk Islam.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung melalui tulisan pada Facebook terbahru tokoh pendakwah tersebut kepada mereka yang masih belum Islam itu.

Beliau yang pernah menjadi pengacara program televisyen tempatan mengenai Islam di China berkata, “Seorang Cina berhasrat memeluk Islam sering kali berdepan cercaaan ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka sendiri.

“Antara ayat sindiran atau penghinaan lazim terhadap mereka yang berimpian mahu menjadi mualaf atau saudara baharu itu adalah digelar ‘Malai Chai’ (anak Melayu), ‘Malai Chu’ (Melayu Babbi) dan ‘Chu Chai’ (Anak Babbi).”

Menurut anak murid pendakwah Zakir Naik itu, cercaan Anak Melayu itu tidak bawa maksud hina bangsa Melayu tetapi “bertujuan sindir Cina yang memeluk Islam konon mereka bukan lagi Cina tetapi sudah jadi anak Melayu.”

Image result for Firdaus Wong Wai Hung

Penggunaan gelaran babi kepada golongan Cina mualaf pula kerana mereka sudah tidak lagi menjamah sebarang hidangan yang mengandungi daging haiwan yang dianggap sebagai haram untuk dimakan oleh agama Islam.

Firdaus kemudian menjelaskan lagi bahawa, “Manakala gelaran ‘Chu’ (babbi) diberikan kerana mereka sudah tidak lagi memakan daging babbi dan adakala masyarakat Cina menggunakan gelaran haiwan dalam nada bergurau.

“Namun ada ketika ia dalam nada sinis terpulang kepada konteks perkataan digunakan. Dalam konteks orang Cina yang berhasrat memeluk Islam, ia lebih kepada sindiran mereka dan bukannya sejenis gurauan,” ulasnya lagi.

Penggunaan istilah babi yang seringkali dihamburkan terhadap golongan Cina mualaf ini menyebabkan pendakwah berbangsa Tionghua ini tidak begitu selesa jika ada orang Islam gemar menyebut perkataan babbi dalam gurauan.

Image result for Firdaus Wong Wai Hung
http://revertedmuslim.blogspot.my

Beliau berkata, “Sebab itu saya secara peribadi tidak suka apabila orang Islam suka menggunakan perkataan babbi dalam gurauan mereka. Antara yang kerap didengar adalah ‘Babbilah engkau ni’, ‘babbi betul’ atau ‘BABBIIII’.

“Apakah masyarakat Islam sudah kehilangan perkataan yang lebih sopan untuk digunakan?” kata Firdaus merujuk penggunaan nama haiwan najis mughallazah tersebut dalam situasi konotasi negatif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

sumber; http://www.mynewshub.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*