Terkini; Agong perkenan ‘PENGAMPUNAN PENUH’ buat Anwar

Kelubi Aqsa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Image may contain: 3 people, people standing and suit

Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 hari ini.

Beliau juga berkata seri paduka menitahkan perkara itu setelah dinasihatkan lembaga berkenaan.

Anwar sebelum itu mengadap agong yang berkenan menerima kunjungannya, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Anwar pagi ini melangkah keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur – tempat beliau mendapatkan rawatan ketika ditahan – dan menuju ke Istana Negara.

Image may contain: text

Berdasi hitam dengan tali leher, Anwar kelihatan berjalan menuju ke kereta sambil tersenyum dan melambai kepada petugas media dan penyokong yang mengerumuninya.
Anwar sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun depan tetapi keputusan pilihan raya umum minggu lepas yang menyaksikan kemenangan partinya PKR yang bergabung bersama Pakatan Harapan, mengubah segala-galanya.

Beliau sebelum ini dipenjarakan setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar menafikan tuduhan itu dan menyifatkan beliau menjadi mangsa pertuduhan dan konspirasi politik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*