Terkini; Beberapa Persoalan Penting Tentang Bolehkan Manifesto PH Ditunaikan Dalam Masa 100 Hari Terjawab!

cucu Tok Selampit

Bagi memastikan hutang negara yang mencecah RM1 trilion kekal terurus, beberapa janji 100 hari yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) hanya akan dilaksana setelah situasi kewangan bertambah baik.

Antaranya subsidi bersasar kepada kereta dibawah 1,300cc dan motosikal dibawah 125cc, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah selain penangguhan pembayaran PTPTN untuk mereka yang berpendapatan RM4000 sebulan termasuk skim peduli sihat.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, semua janji 100 hari ini hanya selepas situasi kewangan kembali pulih.

Di antara intisari penting pengumuman dalam sidag akhbar tadi ialah;

  • Bagi kategori pendapatan RM3001 hingga RM4000, penerima Bantuan Sara Hidup mendapat RM300 pada 6 Jun 2018
  • Penerima Bantuan Sara Hidup akan mendapat RM400 seorang bagi mereka berpendapatan RM3000 ke bawah
  • 4.1 juta penerima Bantuan Sara Hidup membabitkan kos RM1.6 billion pada 6 Jun 2018
  • Kos siaran Piala Dunia 2018 untuk 41 perlawanan di RTM ialah RM30 juta dan mendapat tajaan RM15 juta daripada swasta- Gobind Singh Deo
  • 1.2 juta penjawat awam menerima bonus RM400 sempena Aidilfitri- Lim Guan Eng
  • RM687 billion hutang kerajaan yang didakwa Barisan Nasional bukan angka yang sebenar – Lim Guan Eng
  • Mengenai penghapusan tol, ia akan dilihat selepas keadaan kewangan kerajaan lebih baik- Lim Guan Eng
  • Kos Rel Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) mencecah RM100 billion kerana ia termasuk faedah yang perlu dibayar- Lim Guan Eng
  • Skim Peduli Sihat hanya akan dilaksanakan selepas keadaan ekonomi kerajaan lebih baik.
  • Mulai 7 Jun, harga minyak Ron 97 akan diapungkan, manakala harga Ron 95 dan diesel dikekalkan

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*