Terkini; BN Perlis Akan Mohon Ampun Kepada Raja Perlis

Berita TV9

Barisan Nasional (BN) Perlis akan mengadakan sidang akhbar khas pada Jumaat ini bagi memohon ampun kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berikutan salah faham membabitkan soal pelantikan Menteri Besar sebelum ini.

Setiausaha BN Negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sidang akhbar yang bakal dihadiri oleh semua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu juga diadakan bagi menjelaskan mengapa mereka menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, menerusi sidang akhbar tersebut, pihaknya akan menerangkan sebab penolakan Datuk Seri Azlan sebagai Menteri Besar Perlis.

Isnin lalu, tujuh ADUN BN yang tidak menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah Pelantikan Menteri Besar di Istana Arau pada 24 Mei lalu menyatakan pendirian menjunjung titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Perkara itu dimaklumkan ADUN Santan, Azizan Sulaiman yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Besar yang mewakili mereka kerana kesemuanya telah bersepakat untuk menjunjung titah baginda.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*