TERKINI! Datuk Seri pukul Rela serah diri

http://m.utusan.com.my

SHAH ALAM – Seorang lelaki dipercayai bergelar Datuk Seri yang menyerang anggota Rela telah ditahan polis.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

“Suspek berusia 29 tahun telah ditahan pada jam 4 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. Reman akan dibuat pada hari esok di Mahkamah Majistret Ampang,” katanya.

Pada 27 Oktober lalu, tiga anggota Rela yang sedang menjalankan tugas kawalan keselamatan bagi upacara keagamaan di Tokong Kou Ong Yah, Kampung Baru Ampang dikasari individu dipercayai bergelar Datuk Seri.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, salah seorang daripada tiga anggota Rela berkenaan menegur Datuk Seri terbabit kerana memberhentikan kenderaan di hadapan tokong itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, teguran itu menyebabkan anggota terbabit dikatakan dipukul di beberapa bahagian badan.

Susulan daripada insiden itu, anggota berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Ampang dan mendapat rawatan segera di hospital berdekatan.

Semalam, polis meminta individu tersebut untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

ihsan; SH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*