Terkini; Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail MB Baru Pahang

Berita TV9

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik selaku Menteri Besar Pahang yang baharu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ia selepas beliau mengangkat sumpah dan menerima watikah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebentar tadi.

Beliau merupakan ADUN Jelai selama empat penggal berturut-turut sejak 2004.

Selepas hampir seminggu selesai Pilihan Raya Umum ke 14, persoalan siapa Menteri Besar Pahang yang baharu akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik untuk menggalas tanggngjawab itu selama dua tahun bermula hari ini.

Dengan lantikan itu sekaligus menafikan jangkaan bahawa Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mempertahankan jawatan itu untuk penggal kelima.

Datuk Seri Wan Rosdy 60 tahun, ialah ADUN Jelai bagi empat penggal berturut-turut sejak 2004.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Jawatan dan Angkat Sumpah itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan siang tadi.

Pada PRU 14, Datuk Seri Wan Rosdy menang kerusi DUN Jelai dengan meraih majoriti 3,507 undi.

Beliau menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Abdul Rasid Mohamed Ali, calon PAS, Abdul Karim Nor serta calon Bebas, Mat Nor Ayat.

Pada penggal lalu, beliau memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang.

Pada majlis sama, turut dijalankan istiadat lantikan dan angkat sumpah 8 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Antara muka baharu yang dilantik selaku Exco ialah ADUN Pulau Tawar Datuk Nazri Ngah, ADUN Lepar Abdul Rahim Muda dan ADUN Bebar Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Turut dilantik sekali lagi,
ialah Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (ADUN Lanchang), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (ADUN Kuala Sentul), Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (ADUN Kerdau), Datuk Seri Norol Azali Sulaiman (ADUN Guai), Datuk Seri Johari Hussain (ADUN Tioman).

BN berjaya membentuk kerajaan negeri Pahang sekali lagi selepas menang 25 daripada 42 kerusi DUN Pahang pada PRU 14 lalu.

Manakala 9 kerusi DUN dimenangi Pakatan Harapan dan 8 diperoleh PAS.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*