Terkini; Jamal Kena Cekup Dengan Polis Indonesia!

Berita TV9

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Penahanan Datuk Seri Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia disahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan memberitahu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun dihubungi untuk menyelaras urusan penghantaran pulang Datuk Seri Jamal.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia dan khususnya POLRI atas bantuan mereka.

Image may contain: 3 people

Foto penangkapan Datuk Seri Jamal turut tular di aplikasi Whatsapp dan media sosial.

Datuk Seri Jamal menghilangkan diri dari sebuah hospital swasta sebelum proses ikat jamin susulan pendakwaan tiga kes terhadapnya sejak 25 Mei lalu.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*