Innalillahi wainnailaihiroji’uun. Posmen maut kemalangan -info awal langgar lari (10Gambar)

beritasayu.info

Mersing : Seorang Posmen yang bertugas di Pejabat Pos Mersing maut kemalangan dalam kejadian 1.30 tengahari semalam di di hadapan Sekolah Anjung Batu Mersing.

Mangsa yang dikenali dengan nama Muhammad Khairuddin Jefre Azhar maut ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas didalam longkang.

Detik kejadian berjaya dirakam camera Dashcam namun dari jarak jauh motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta berwarna hitam namun video dari jarak jauh itu tidak jelas.

Mangsa yang berada dijalanraya tiba-tiba hilang kawalan seseolah bergesel dengan kenderaan terbabit menyebabkan mangsa maut tercampak dan motosikal terjatuh dilongkang.

Kenderaan yang dipercayai bergesel dengan mangsa meneruskan perjalanan tanpa berhenti, ini menguatkan lagi mengatakan kenderaan tersebut melanggar mangsa.

Namun punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, jenazah Jefre di hantar ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut seterusnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Tenglu Mersing.

Semoga keluarga nya tabah permergian mangsa mengudang pilu rakan yang mengenali nya, arwah merupakan seorang jurusilat yang aktif di Mersing. Al fatihah.

sumber; https://beritasayu.info/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*