Trajedi Berdarah Pada Harilahir Kak Long, 3 Adik Maut Dikelar Depan Matanya & Ibu Pula Parah (7 foto)

accidentportal.net

Teluk Intan : Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran Nur Zuryn Faziera ke 9 tahun dan pagi semalam juga ibu nya Zuraidah Md Ali,35, mengadakan majlis sambutan hari lahir Zuryn dengan memotong kek pada pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, tiga beradik yang maut itu adalah Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2; abangnya Muhammad Firash Zaffril, 3; dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5.

Turut cedera dalam kejadian itu adalah ibu mangsa, Zuraidah Md Ali, 35, yang putus ibu jari kanan dan pergelangan tangan kiri hampir putus serta anak sulung Nur Zuryn Faziera, 9, yang cedera di kepala dan tangan kanan juga akibat ditetak.

Rakan sekolah Kak Long dikenali sebagai Aina, 9, dan seorang guru agama berusia 40 tahun juga cedera dalam kejadian amuk itu.

 

Nenek kepada Kak Long yang di kenali dengan nama Salbiah berkata, dia tidak berani keluar rumah dan hanya menjerit dari tingkap meminta lelaki yang juga penduduk kampung itu agar bertenang.

“Namun lelaki itu menggugut saya agar tidak masuk campur dan akan menetak jika saya hampiri.

“Saya meminta bantuan suami Abu Bakar Jalil, 72, agar mententeramkan lelaki itu tetapi suami juga tidak berani kerana lelaki terbabit bersenjatakan parang,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak bersebelahan rumah mangsa.

Menurutnya, selepas keadaan menjadi senyap lelaki terbabit dilihat berjalan ke arah Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhamad dan dikatakan menetak anak sulung keluarga berkenaan serta dua lagi mangsa.

“Polis tiba selepas dihubungi penduduk kampung sebelum pemeriksaan di dalam rumah mendapati dua beradik berlumuran darah di ruang tamu manakala anak yang kecil di pintu belakang rumah.

“Ibu kanak-kanak itu pula berada dalam bilik dengan kecederaan manakala nenek tiga beradik itu tidak dicederakan,” katanya.

Sama-sama kita doakan Kak Long dan ibu cepat sembuh dan semoga roh adik-adik kak long iaitu Haq, Firas dan Zia tenang disana. Al fatihah.

sumber; accidentportal.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*