Usaha jemaah Surau Al-Qudwah guna duit poket sendiri bantu golongan kurang berkemampuan patut dihargai…

Syahril A. Kadir

ABAM singgah check stok barang2 kat gerubok surau kami tadi. Alhamdulillah banyak habis….

Kami tak bangga berapa banyak barang kat rak, tapi kami syukur kalau banyak yang habis… kerana inilah niat kami, nak membantu masyarakat yang miskin bandar kat Damansara ni. Dengar nama tempat macam gah, tetapi jumlah mereka yang fakir pun tak kurang banyaknya.

Actually, yang bukan Islam seperti orang India dan Cina pun ada datang surau kami ambik beras dan barangan keperluan yang ada. Kemiskinan tak kenal agama, bangsa dan warna kulit.

Di gerubok ini kami tak tetapkan syarat cuma hanya TIGA barang dibenarkan untuk sekali ambil. Maklumlah, barangan2 ni pun bukan mana2 company sponsor, semua guna duit sendiri dan kengkawan.

MEMANG YANG BUKAN ISLAM PUN DATANG KE SURAU KAMI…

Serius bosan bila orang dok kata hanya gereja je dok buat kerja2 mcm ni. Takpelah, lantaklah nak kata apapun, yang tahu, tahulah.

sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*