Ustaz Aqram – Lebih Dari 30 Agama Baru Di Malaysia!!

Ahmad Iqram Mohamad Noor

Cult atau kultus ini merupakan istilah bagi agama baru yang dianggap sesat dari cabang sesebuah agama besar. Jika mereka mengatakan lebih 20, maka saya menemukan lebih 30 buah agama baru yang sudah bertapak di Malaysia di dalam senarai kajian kami.

Saya gemar menggunakan istilah agama baru (bagi cult) ini dengan beberapa ciri yang telah saya gariskan bagi melayakkan ia digelar sebagai sebuah agama. Ada beberapa aliran yang saya tidak pasti untuk mengatakan ia adalah agama baru seperti Sahaja Yoga Meditation, Hare Krishna (ISKCON), Sathya Sai Organisation of Malaysia dan beberapa lagi aliran yang mempromosi Yoga dan meditasi. Walau ada pihak menuduh mereka bukan lagi dari Hindu tetapi asas kepada gerakkan mereka itu masih memiliki asas yang masih boleh dikatakan sebagai Hindu.

Manakala bagi agama baru yang majoritinya datang dari Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, mereka sememangnya adalah gerakkan agama baru yang mempromosi nilai dan prinsip yang berlainan dengan agama arus perdana. Kebanyakkan mereka klaim tokoh mereka itu adalah jelmaan Jesus akhir zaman, Buddha Maitreya (Buddha akhir zaman), jelmaan avatar Vishnu, dan utusan Tuhan akhir zaman.

Sebelum ini saya pernah mendedahkan tentang gerakkan agama Happy Science dari Jepun yang sudah bertapak di Bukit Jalil, pengasasnya itu Ryuho Okawa mendakwa dirinya sebagai jelmaan Tuhan (El Cantare) dan sebelum ini beliau mendakwa jelmaan Siddharta Gautama Buddha. Akan tetapi pendedahan itu disambut kurang baik kerana ada pihak mahu saya menghentam mereka dan tidak mahu melihat saya neutral dalam pendedahan.

Prinsip saya adalah, saya akan berdepan dengan melihat kepada isu. Jika ia adalah gerakkan agama yang bergerak tidak melanggar undang-undang maka saya akan cuba berlaku adil untuk pendedahan. Jika mereka adalah gerakkan yang melanggar undang-undang maka konotasi pendedahan saya juga akan berubah.

Contoh, bila tiba masanya saya akan mendedah sebuah agama dari Korea Selatan yang telah membawa pelajar-pelajar Universiti dari Malaysia (termasuk melayu muslim) ke Korea Selatan untuk mendoktrinkan agama barunya itu kepada peserta di atas nama “keamanan dan kepimpinan”. Gerakkan tersebut telah masuk ke dalam sekolah, Universiti, NGO, Badan Kerajaan dan Pimpinan di Malaysia serta pertubuhan mereka juga diiktiraf oleh United Nation. Maka pendedahan seperti ini sudah tentu konotasi saya juga akan berubah.

Ini bukan suatu perkara momokan untuk menakut-nakutkan tetapi ia adalah realiti yang perlu ditangani dengan baik. Hal ini bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat muslim sahaja tetapi juga menimbulkan rasa resah dikalangan bukan Islam juga seperti Buddhis Hindu dan Kristian. Ini kerana ajaran baru (atau aliran dianggap sesat) di dalam Buddha, Hindu dan Kristian juga turut dikritik oleh sarjana mereka cuma impaknya tidak memberi kesan yang besar.

Realitinya mereka sudah bertapak di Malaysia. Solusinya adalah serahkan kepada ahlinya dan pihak berwajib. Jika mahu tahu berkenaanya, maka bersedialah mental untuk membacanya nanti. Tidaklah ada yang tuduh saya mempromosi agama baru pula.

Alisya Adelyn

sumber; Ahmad Iqram Mohamad Noor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*