Ustaz Kamilin Jamilin – Apa lagi alasan kita setelah menonton video ini?

Kamilin Jamilin - Seni Hadith

Lelaki yang sudah berusia lebih 90 tahun ini teguh memperdengarkan hafalannya pada isterinya yang telah mencecah usia 80 tahun untuk disemak walaupun dalam keadaan sudah uzur dan hanya mampu berbaring.

Setiap hari selama lebih 30 tahun beliau konsisten melakukannya bersama isterinya. Lihatlah mushaf besar dan lama terbitan sekitar tahun 70an yang digunakan mereka.

Saya pasti mereka sedang berusaha sedaya mungkin ‘membawa’ al-Quran bersama diri tatkala bertemu dengan Allah kelak.

Kita yang baru berusia 30an atau 40an atau 50an ini pula memberikan seribu macam alasan untuk tidak menghafal kitabullah yang mukjizat ini, sudah tua, susah, tiada masa!

Memiliki pasangan yang saling ‘beromantis’ sebegini sehingga ke akhir hayat sangat indah bukan?

sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*