Ustaz Norazman Mohamad, mantan ketua pemuda Pas N9 masuk DAP; Fitnah yang dimulakan oleh Sinar Harian!

Nor Azman Mohamad

Saya mengumpul segala kekuatan untuk memberi maklum balas mengenai berita Sinar Harian ini. Tajuk Versi Online lebih berat tanpa tanda soal, bagai suatu kepastian.

Tulisan dibuat wartawan ini adalah kesimpulannya sendiri bertujuan menjadikan berita ini lebih menarik dan panas. Sedangkan jauh tersasar dari maksud yang saya inginkan.

1. Apabila saya menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan program majlis ilmu dan kefahaman islam dengan ruang terbuka oleh Kerajaan Baru, ia ditafsir sebagai menyertai DAP dan memperkukuhkan Pakatan Harapan.

2. Apabila saya menyatakan tidak memegang jawatan di dalam parti di peringkat negeri dan tidak menjadi calon PRU 14 yang lalu, ditafsirkan sebagai bukti kesungguhan akan meninggalkan parti.

3. Apabila saya menyatakan keinginan untuk meninggalkan politik kepartian kerana kadang-kadang menyempitkan ruang dakwah kerana label terentu, ia ditafsir sebagai mempertimbang untuk menyertai DAP.

4. Apabila saya menyatakan PAS perlu menilai semula pendekatan setelah menerima keputusan PRU 14 yang tidak memberikan kelebihan kepada negeri Pantai Barat sehingga banyak kerusi hilang deposit, ditafsir sebagai perjuangan PAS hilang hala tuju dan tidak yakin kepada kepimpinan.

Image result for ustaz norazman mohamad

 

Namun saya sangat bersyukur dengan berita yang tular ini kerana isunya ini benar-benar menzahirkan nilai ukhuwwah sahabat sama ada dari dalam PAS mahu pun yang telah keluar dari PAS.

Terima kasih semua atas segala doa dan kata-kata yang terkeluar kerana kasih dan benci kepada saya. Sekurangnya peristiwa ini menjadi muhasabah buat diri saya yang banyak kekurangan.

Saya sedaya upaya menjaga hubungan baik dengan semua sahabat, samada yang bersama PAS atau yang sudah tidak bersama PAS. Bagi saya ukhuwwah ini sangat besar nilainya. Perkara ini rupanya tidak boleh diterima, berbeza seolah mesti membenci jika tidak perjuangan tidak sejati.

Maafkan luahan emosi ini. Saya sudah cuba berkias lama tentang isu ini. Berbeza parti jangan sampai dibawa mati.

Image result for ustaz norazman mohamad

Politik bagi saya adalah ruang mendekatkan bukan menjauhkan, mencari titik sama bukan membesarkan beza, memanfaatkan kelebihan bukan mencari kelemahan, membetulkan kesilapan bukan membiarkan, menerima teguran bukan mengabaikan teguran.

Mari berpolitik dengan nilai yang lebih segar. Malaysia Baru bukan slogan tetapi komitmen. Saya menyahutnya dengan azam untuk memberi sepenuh komitmen dengan kemampuan yang saya ada.

Jika ada teman yang mengenali saya kerana politik kepartian teruskan ukhuwwah ini sekali pun saya berbeza dengan prinsip dan sokongan anda.

Saya akan terus mendokan teman saya yang diberi amanah menjadi kerajaan untuk memberi khidmat yang terbaik.

Buat teman yang memegang amanah kepimpinan di dalam PAS semoga sentiasa bermuhasabah menilai dan menerima kelemahan untuk diperbaiki.

Setiap parti ada potensi. Politik terlalu dinamik. Tiada lagi istilah juara bertahan dalam dunia moden hari ini. Justeru, berlaku adillah dalam perbezaan.

Insya allah pagi ini saya akan ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian untuk menjernihkan suasana. Semoga posting ini menjadi asas kepada temuramah nanti.

sumber; Nor Azman Mohamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*