[VIDEO] اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ Astaghfirullah hal adzim… Angkuhnya Sy1ah Syria; Malaikat mungkin boleh berpecah belah tetapi pasukan tentera Syria tidak akan berpecah belah…

Green Project Malaysia

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ Astaghfirullah hal adzim…

Antara kerosakan akidah penyokong Basyar Assad di Syria.

Seorang ahli parlimen kerajaan Syria, Khalid Abud mengatakan pasukan Malaikat mungkin boleh berpecah belah tetapi pasukan tentera Syria tidak akan berpecah belah.

Di satu perhimpunan, penyokong Basyar Assad mengatakan mereka beridah kepada Basyar Assad dahulu sebelum beribadah kepada Allah.

Dalam sebuah rancangan tv, seorang pemanggil mengatakan ,”Tanyakan kepada anak-anakku, kepada ayahku, kepada abangku, kepada kaum kerabatku bahkan tanyakan juga kepada ALLAH dan tanyakan kepada siapa yang kau inginkan dan mereka akan menjawap parti Ba’ats adalah agamaku dan Basyar Assad adalah Tuhanku.

Seorang kakitangan Basyar Assad bernama Thalib Ibrahim di dalam rancangan tv tidak berpuas hati dengan panelis beliau lalu dia mengatakan ‘ Sekarang kami (pemerintah Syria) berada di atas angin, saya cabar kamu dan Zat yang menciptakan kamu (iaitu Allah) untuk membuktikan bahawa tentera Syria bertanggungjawap atas mutilasi ( menyiksa bahagian tubuh badan) gadis tersebut.

Ahmad Syalas, penyokong rejim Basyar Assad mengatakan dengan angkuh, ‘Siapa yang akan menekan kami? Siapa pun yang akan menekan kami! Kami akan balas tekanan tersebut. Sekalipun tekanan itu dari Allah, Zat yang menciptakan orang tersebut’. Beliau mengatakan lagi tidak ada sesuatu pun yang mampu menekan dan mengalahkan Syria (kerajaan Basyar).

Selepas anda menonton video ini, dapatkah anda nilai bagaimana rosaknya akidah penyokong syiah alawiah rejim syiah Basyar Assad ini..?

sumber; Green Project Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*