(Video) 18SX; Cemburu, suami belasah isteri dengan parang

http://www.thereporter.my

Viral di media sosial rakaman video amatur seorang wanita dibelasah dua lelaki sebelum dihumban masuk ke dalam kereta.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada jam 9 pagi tadi di kawasan perindustrian Klang Jaya, Taman Sentosa, Klang, mangsa dibelasah oleh seorang lelaki dan rakannya dengan senjata tajam parang dan kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam dari tingkat atas bangunan berhampiran.
Selain dipukul dengan parang, mangsa juga ditendang dan ditumbuk berkali-kali sambil disaksikan oleh beberapa orang awam termasuk kanak-kanak yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Berdasarkan video viral itu, kedengaran suara mangsa menjerit meminta tolong beberapa kali. Malangnya tiada sesiapa yang tampil membantu kerana takut dengan suspek yang memegang parang.

Selepas mangsa tidak lagi berdaya melawan, dua lelaki terbabit kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari tempat kejadian.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian berkenaan bermotifkan cemburu dimana lelaki yang memukul wanita itu adalh suaminya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*