[Video] Bacaan al-Quran anak Malaysia yang MEMUKAU SYAHDU di himpunan solidariti Christchurch 3/15 membuat hadirin TERPAKU…

YB Hj Saiful -ADUN SALOR

Saudara Shahmi Aiman bin Saiful Adli, anak kepada YB Hj Saiful -ADUN SALOR membacakan ayat-ayat suci Al Quran & mengetuai bacaan doa di perhimpunan solidariti di Christchurch.

Sayu sebak mendengar bacaan beliau..Semoga hidayah Allah bertaut pada semua hati-hati yang mendengar..

Image may contain: 3 people, crowd, tree and outdoor

Ya Allah alunan bacaan al-Quran anak Malaysia ini sungguh SYAHDU dan memvuat para hadiri TERDIAM lantaran terlalu ASYIK mendengar keindahan lantunan suara saudara Shahmi Aiman bin Saiful Adli….

Mari saksikan…

sumber video; YB Hj Saiful -ADUN SALOR

Ini sedikit kerja rumah yang admin buat untuk kita semua tentang maksud bacaan ayat al-Quran yang dibaca oleh Shahmi Aiman iaitu bermula ayat ke 155 hingga 156, surah al-Baqarah…

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
sumber ayat al-Quran; http://quran.islamicevents.sg
Artikel disediakan oleh Sepatuputih.com
Artikel milik Sepatuputih.com, Copyright Reserved

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*