[Video] “Bukanlah kaki lemah itu yang menghantarnya ke masjid tetapi ‘HATI’nya… Dan bukanlah d0sa itu yang menghantar kita ke neraka tetapi ‘KESOMBONGAN’ kita….”

هدايت كادابن

Kita tidak pernah mulia kerana harta…

Kaya bukan ukuran kemuliaan. Kaya atau miskin sudah ketetapan. Ia tak lebih dari ujian. Mulia atau h1na bergantung bagaimana cara kita menjalani ujian Tuhan.

Kita tidak pernah mulia kerana pangkat. Bukan kerana ramainya manusia melihat dengan rasa hormat. Tapi kejarlah pandangan Allah yang melihat dengan pandangan rahmat. Kerana hanya itu sahaja menjadi bekal kita di akhirat.

Kita tidak pernah mulia kerana keturunan. Kerana Allah hanya melihat hati yang beriman. Seketul hati yang terbuka dengan ketakwaan. Bukan hati yang diisi dengan kesombongan.

Umar bin Al-Khattab pernah berkata,

“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah ﷻ memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang Allah ﷻ muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina Allah ﷻ.”
(Riwayat Al-Hakim)

Allah ﷻ berfirman,“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 13)

Salah satu ciri orang-orang yang bertaqwa dalam al-Quran adalah…“yuqiimuun ash-sholah” (mendirikan solat) sebagaimana dalam ayat berikut ini.

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 2-3)

Sesungguhnya kita hanya mulia kerana ‘Islam dan Mendirikan solat’.

sumber; هدايت كادابن

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*